24 🧡

40 20 0
                                    

Sepit rambut besar berwarna merah menjadi pilihan Eun Jung untuk dijadikan hiasan di rambutnya. Dia tersenyum melihat penampilannya di pantulan cermin. Sayup-sayup bunyi loceng rumah kedengaran dan segera dia mengambil beg sandang di atas meja belajar lalu bergerak turun ke bawah.

Hana yang datang. Mereka berdua sudah rancang bersama untuk pergi ke festival makanan yang diadakan berdekatan dengan sekolah mereka. Makanan, perempuan mana je yang tidak suka.

Dalam perjalanan, macam-macam makanan yang mereka bualkan, berangan jenis-jenis makanan yang ada di sana nanti.

Di festival makanan, pelbagai gerai makanan yang mereka singgah. Selepas membeli beberapa jenis makanan, mereka berdua berlalu ke persisiran tasik kecil yang berdekatan.

"Ini kalau ada setiap minggu, memang wajib aku datang." Ujar Hana dengan mulut penuh dengan makanan. Eun Jung hulur tisu pada gadis itu, untuk mengelap hujung bibir yang sedikit comot.

"Kalau setiap minggu, makin gemuk lah kau. Aku pun sama." Ujar Eun Jung pula sebelum mereka ketawa.

"Nak sikit,"

Pinta Eun Jung, melihat bekas tteokbokki milik Hana yang tinggal separuh. Segera Hana hulur dan tidak tahu mana silapnya, bekas itu tergelincir dari tangan lalu tertumpah pada skirt Eun Jung.

"Weh sorry." Kalut Hana mengambil tisu mengelap tumpahan kuah merah tteokbokki itu.

Eun Jung berpaling melihat sekeliling sebelum matanya terhenti pada tandas awam.

"Aku pergi tandas sekejap, biar aku bersihkan."

"Jom aku teman."

"Biar aku je. Kau duduk sini makan." Hana mencebik. Eun Jung ketawa kecil. Dia bangun dan berlalu pergi.

"Sorry tau!"

"Ya! Ya!"

Semasa perjalanan ke tandas, seseorang menegur.

"Datang bulan ke dik?"

Eun Jung menoleh ke arah bangku di bawah sebatang pokok. Kelihatan lelaki berumur melihatnya dari atas hingga bawah. Lagi teruk, mata lelaki itu asyik melihat skirtnya.

"Nak abang tolong cucikan ke?"

Eun Jung buat tidak dengar. Dia berpaling semula untuk tandas tetapi figura di depan menghentikan langkahnya.

"J-ji Woong?"

Ji Woong menatap gadis itu seketika sebelum matanya beralih pada lelaki di bangku itu. Eun Jung mula rasa gerun melihat renungan tajam Ji Woong pada lelaki tadi.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now