03 🧡

57 18 0
                                    

Eun Jung membaringkan kepalanya ke atas meja sebaik sahaja sampai di dalam kelas. Seperti biasa, waktu pagi seperti ini belum menghilangkan sisa mengantuk sepenuhnya.

Seketika kemudian, Eun Jung mengeluh berat apabila teringat barang pemberian Ji Woong di dalam beg. Berat hatinya mahu memberi pemberian Ji Woong itu kepada Byeol dengan tangannya sendiri.

"Pagi!"

Eun Jung memejam matanya seketika seraya menghela nafas pendek. Buka sahaja mata, wajah ceria Byeol menyapa pandangannya. Dia menggumam lalu menegakkan badannya.

"Sedih semacam je kau ni. Ada apa?" Soal Byeol sambil melepaskan begnya ke atas kerusi.

Eun Jung berpaling memandang Byeol. Dia mengemam bibir.

"Tahniah."

"Huh?"

"Lelaki popular sekolah kita sukakan kau. Tahniah." Eun Jung tayang muka kosong. Wajah Byeol berkerut.

"A-aku tak faham."

Keluhan dilepaskan. Beg dibuka lalu sebuah kotak dan sepucuk surat diambil sebelum disua ke arah Byeol.

"Nah, hadiah untuk kau. Bukan daripada aku tapi peminat kau." Ujar Eun Jung dengan muka kosong. Lambat lambat Byeol menyambut barang dari tangan Eun Jung.

Byeol terdiam sebentar, cuba untuk memahami situasi sekarang.

Peminat? Lelaki popular sekolah sukakan dia?

Walaupun masih belum jelas gerangan yang memberi hadiah kepadanya itu, Byeol sudah mula tersenyum-senyum. Ada juga orang yang menyukainya.

"Siapa dia?"

Pertanyaan Byeol itu membuatkan Eun Jung resah. Dia garu telinga yang tidak gatal.

"Kau rasa siapa lagi lelaki popular sekolah kita?"

"Uhm.. tak ada selain Ji Woong."

"Ha betullah tu."

Terus membulat mata Byeol. Dia tidak boleh menahan bibirnya daripada tersenyum lebar dan itu membuatkan hati Eun Jung semakin rapuh.

"Ji Woong sukakan aku?" Suara Byeol kedengaran teruja. Eun Jung angguk perlahan.

"Bukan ke kau sukakan Ji Woong?"

Eun Jung jadi kaku. Ini yang dia tidak sukakan. Pasti kekok hubungan mereka selepas ini. Itu yang dia dapat rasakan.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now