07 🧡

49 19 0
                                    

Eun Jung dan Byeol sama-sama berjalan beriringan ke pintu pagar sekolah. Dalam pada itu, Byeol menceritakan hari di mana dia dan Ji Woong keluar berdua.

"D-dia ada curi first kiss kau tak?" Tiba-tiba Eun Jung menyoal. Entah mengapa soalan itu yang keluar. Jauh dalam sudut hatinya, dia ingin tahu.

"Ke situ pula kau. Baru hari pertama kami keluar, tak akanlah dia dah nak buat macam tu dekat aku."

"Mana tahu kan."

Mereka senyap, kembali berjalan. Dari jauh terlihat Ji Woong berdiri di depan pintu pagar sekolah sambil memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket seluar. Mata Eun Jung dan Byeol terarah pada Ji Woong manakala mata lelaki itu hanya memaku pada Byeol.

"Pergilah sana. Nak ajak kau balik sekali lah tu." Ujar Eun Jung bersama senyuman kelat.

"Tapi kau.."

"Tak apa, aku balik sendiri." Cepat-cepat Eun Jung membalas. Dia menolak-nolak badan Byeol, menyuruh gadis itu pergi.

"Jaga diri." Pesan Byeol sebelum berlari anak ke arah Ji Woong.

Eun Jung menoleh ke arah lain sebaik sahaja melihat Ji Woong menggosok lembut kepala Byeol. Tidak lama selepas itu, Eun Jung berpaling semula dan kelibat mereka berdua sudah tiada. Keluhan dilepaskan.

•••

Hoodie disarung pada badan sebelum dia keluar dari biliknya. Telefon dan beg duit sempat dicapai.

"Bang, aku nak keluar sekejap. Ambil angin."

"Hm. Jangan balik lewat sangat." Seungcheol yang berada di ruang tamu berpesan.

Selepas itu, Eun Jung keluar. Bosan di rumah. Sedang berjalan, Eun Jung berhenti di kawasan taman permainan. Matanya menangkap figura seorang lelaki yang sedang duduk di buaian. Lelaki itu nampaknya keseorangan.

Entah mengapa, kaki Eun Jung terasa ringan mahu ke sana jadi dia menghampiri lelaki itu. Buaian di sebelah didudukinya.

"Seorang?" Eun Jung menegur.

Lelaki itu berpaling dan Eun Jung turut berpaling sebelum mata dia meluas. Timbul rasa menyesal dalam dirinya kerana gatal mahu ke sini.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now