21 🧡

40 19 2
                                    

Hansol.

Jadi selama ini Hansol yang memerhatikan Eun Jung tanpa gadis itu sedari. Pada awalnya dia tidak sangka dirinya akan terserempak dengan gadis itu di sebuah mini mart pada suatu hari. Sejak dari itu setiap pulang dari sekolah dia akan ke sana memandangkan dia tahu Eun Jung bersama seorang kawan akan singgah di mini mart itu. Mujurlah gadis itu tidak menyedari.

Namun, tidak kali ini. Kehadirannya telah diketahui Eun Jung, berkat daripada Hana.

Eun Jung termenung di meja makan, memikirkan Hansol. Dia fikir selepas dia berpindah, dia tidak akan terjumpa dengan mana-mana orang yang pernah dia kenal di sekolah lamanya namun lelaki itu yang memunculkan diri di hadapannya. Bukan berhadapan, tapi senyap-senyap.

Seungcheol datang dari arah dapur membawa semangkuk besar nasi goreng lalu diletakkan di atas meja. Lalu dia duduk.

"Dik,"

"Hm.."

"Tadi ada seorang lelaki datang, nak jumpa kau. Tapi aku kata kau tak ada, pergi rumah kawan."

Terus berpaling muka Eun Jung melihat Seungcheol.

"Siapa?"

"Tak tahu. Dia tak bagi tahu nama. Aku suruh dia datang balik nanti."

"Bila?"

Bunyi loceng rumah kedengaran.

"Ha tu dah sampai. Pergi sana." Halau Seungcheol sebelum dia menjamu selera.

Dalam kebingungan, Eun Jung berlalu ke pintu rumah. Buka sahaja pintu, orang yang dia fikirkan tadi sudah muncul di hadapannya.

"Hei, sweetie."

Itu dia.. Hansol.

"Dari mana tahu rumah saya?" Tanya Eun Jung dengan mata membulat.

"Tadi saja lalu dekat sini lepas tu rasa macam rumah ni tengah memanggil saya datang. Eh? Rumah jodoh rupanya."

Eun Jung hanya tayang muka bosan mendengar gurauan lelaki itu.

"Iyalah, saya gurau. Saya tahu sebab selalu nampak awak balik sini."

"Jadi betullah awak selalu stalk saya?" Eun Jung merenung wajah Hansol.

Hansol angkat bahu. Segera dia paut pergelangan tangan gadis itu.

"Jom? Saya belanja makan."

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now