28 🧡

110 21 1
                                    

Malam tadi Eun Jung menerima mesej daripada Hansol, lepas sekolah dia mahu berjumpa. Berdua, katanya. Tapi bila sudah berjumpa, Hansol tidak datang berseorangan tetapi bersama Jiwoong.

Hansol sahaja yang banyak bercakap, Eun Jung dan Jiwoong pula bercakap bila perlu. Entah mengapa mereka jadi segan.

"Jangan risau, hari ni aku belanja." Ujar Hansol. Dia mengajak mereka berdua ke kedai makan.

Masing-masing menjamu selera. Hansol melirik pada Eun Jung di depannya sebelum menoleh pada Jiwoong di sebelah.

"Jung,"

Eun Jung tidak menyahut, mulut penuh dengan makanan jadi dia hanya mendongak melihat lelaki itu.

"Jiwoong rindu awak."

Tersedak. Cepat-cepat Hansol menghulurkan air pada Jiwoong sambil tersengih. Baru cakap sikit dah tersedak.

Jiwoong melihat sekilas pada Eun Jung sebelum menjeling tajam pada Hansol. Eun Jung pula terkebil-kebil. Rindu? Lelaki itu rindukan dia?

"Tak terjumpa Byeol ke tadi sebelum balik?" Tanya Eun Jung pada Hansol, cuba menukar topik.

"Tak ada lah pula, kalau terserempak bolehlah ajak makan sekali." Ujar Hansol.

Mereka kembali senyap menjamu selera. Sesekali itu Eun Jung mencuri pandang pada Jiwoong dan setiap kali itulah mata mereka bertembung. Kantoi.

Hansol mengelap mulutnya dengan tisu sebelum dia bangun dan mencuri perhatian dua orang itu.

"Aku nak pergi tandas kejap ya. Jangan tinggal aku pula." Ujar Hansol sebelum berlalu pergi. Maka tinggal Eun Jung dan Jiwoong di situ.

Jiwoong berdehem. Dia meletakkan sudu dan garfu, tanda dia siap makan. Fokusnya mula pada Eun Jung.

"Eun Jung,"

"Ya?"

Eun Jung meneguk air, cuba untuk menghilangkan rasa debaran di hati. Tetapi dia teringat kata-kata Byeol.

"Waktu gaduh tu aku tersalah sebut pasal kau."

"Aku apa?"

"Kau suka dia."

Makin berdebar Eun Jung dibuatnya.

"Malam ni awak free?"

Jeda sebentar sebelum Eun Jung mengangguk. Jiwoong senyum kecil.

"Kita jumpa? Dekat taman."

Eun Jung tergamam dengan permintaan Jiwoong itu. Jumpa? Nak berjumpa setelah tahu yang lelaki itu telah mengetahui isi hatinya?

Malulah!

"Uhm.."

Eun Jung mengemam bibir, berfikir mahu setuju ataupun tidak. Jiwoong masih menunggu.

Akhirnya Eun Jung angguk kecil.

"Jam 10."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now