08 🧡

51 21 0
                                    

Eun Jung ingin lari tetapi dia paksa diri untuk tetap berada di situ. Nanti apa pula lelaki itu fikirkan.

"Jung Eun?"

"Uhm.. Eun Jung."

"Oh ya Eun Jung. Sorry."

Eun Jung menggeleng perlahan sambil senyum kecil. Sedihnya crush salah sebut nama. Siapalah dia untuk lelaki itu mengingati namanya.

"Kenapa datang sini malam-malam seorang diri? Bahaya. Awak tu perempuan."

Kelu lidah Eun Jung mendengar ujaran Ji Woong itu. Wajah serius Ji Woong membuatkan dia sedikit terharu. Risau juga Ji Woong padanya.

Haih! Ingat Eun Jung, Ji Woong milik Byeol!

"Oh saya.. saja keluar ambil angin. Ni pun dah nak balik dah ni." Tipu Eun Jung walhal dia baru sahaja keluar dari rumah.

Ji Woong mengangguk perlahan. Riak wajahnya jadi kosong semula. Dia mendongak, memandang langit sebelum dia memejam mata kemas.

Eun Jung hanya memerhati. Dia boleh rasakan ada kesedihan yang menimpa lelaki itu. Dia mahu menanya tetapi takut dilabel penyibuk pula. Akhirnya dia turut memandang ke arah langit.

"Jom."

Terkejut Eun Jung apabila dia berpaling, Ji Woong sudah berdiri di sebelahnya.

"Huh?"

"Jom, saya teman awak balik. Tak elok perempuan berjalan sorang-sorang waktu malam macam ni."

Terdiam. Eun Jung rasa terharu sangat! Wajah Ji Woong yang menunduk melihatnya ditatap dengan penuh minat. Kacak. Untung siapa yang menjadi teman wanita lelaki ini.

"Eun Jung."

Suara Ji Woong mula menyedarkan Eun Jung. Gadis itu tersenyum dalam diam. Walaupun perlahan tetapi suara serak basah lelaki itu betul-betul menggoyang keimanannya. Haih!

Selepas itu, mereka berjalan beriringan menuju ke rumah Eun Jung.

"Terima kasih." Ucap Eun Jung sebaik sahaja sampai di depan rumahnya.

Ji Woong hanya mengangguk. Kemudian dia meminta diri untuk pergi.

Tersengih-sengih Eun Jung seorang diri di depan rumah sehinggalah Seungcheol datang menariknya masuk.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now