16 🧡

40 19 0
                                    

Kata Hansol, dia keliru mahu menelefon Byeol ataupun Eun Jung apabila melihat dua nombor itu di dalam telefon Ji Woong. Tetapi akhirnya Eun Jung yang dipilih oleh lelaki itu. Sungguh Eun Jung tidak sangka Ji Woong menyimpan nombor telefonnya. Mungkin diberi oleh Byeol sebelum ini.

Terkial-kial Eun Jung memapah Ji Woong untuk berjalan bersama. Lelaki itu asyik berjalan terhuyung-hayang, kadang-kadang membuatkan mereka hampir mahu rebah menyembah tanah. Bau kuat alkohol daripada Ji Woong membuatkan gadis itu terkadang menahan nafas. Sesak sungguh!

"Anak gajah ke apa?" Eun Jung mengutuk tanpa bertapis. Dia mengemaskan tautan tangan Ji Woong pada belakang lehernya.

Ji Woong merenung tajam pada gadis itu. Sesekali itu dia memejam mata, rasa berat.

"A-awak cakap apa tadi? Tak dengar."

"Mana ada cakap apa-apa. Diam sudahlah." Marah Eun Jung. Sempat dia merungut kerana lambat lagi untuk mereka sampai di perhentian bas.

"Jung,"

"Hm.."

Senyap. Mereka masih berjalan walaupun dalam keadaan yang susah. Susah bagi Eun Jung kerana perlu menampung sebahagian berat lelaki itu pada tubuhnya.

"Saya sedih." Suara Ji Woong menjadi perlahan.

Eun Jung menoleh pada Ji Woong, merenung dengan tatapan sayu wajah lelaki itu dari tepi.

"Saya ada dengan awak. Jangan sedih lagi." Ujar Eun Jung, perlahan seakan berbisik. Dan itu membuatkan Ji Woong tersengih.

"Janji?"

"Janji."

Makin lebar senyuman Ji Woong.

"Thanks, Byeol."

Eun Jung hanya tayang senyuman kelat.

Kemudian, mereka sampai di perhentian bas. Eun Jung membawa Ji Woong untuk duduk. Dia pula berdiri, merenggangkan tubuh badannya. Lenguh.

"Sampai rumah nanti, jangan lupa mandi. Rehat cukup-cukup tau. Esok sekolah." Pesan Eun Jung. Matanya dialihkan pada jalan raya, mencari bas ataupun teksi yang lalu di situ.

"Sini,"

Ji Woong tarik tangan Eun Jung sehingga gadis itu jatuh terduduk di sebelahnya. Kemudian dia menatap wajah gadis itu tanpa henti. Dirinya dalam keadaan separuh sedar jadi dia tidak sedar apa yang dia lakukan sekarang.

"K-kenapa pandang saya macam tu?"

"You look so beautiful."

Eun Jung diam lalu tunduk.

"Saya bukan Byeol."

"I know."

Ji Woong angkat dagu Eun Jung dengan jarinya. Mata mereka bertembung.

Entah setan apa yang merasukinya sekarang, dengan senang hati dia menyatukan bibirnya dengan milik gadis itu.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang