09 🧡

48 20 0
                                    

Beberapa teguk air diminum. Eun Jung tidak keluar rehat, katanya dia tidak lapar walhal dia lupa untuk membawa duit. Mujurlah Byeol ada mahu membelanja. Sudah ditolak tetapi kawannya itu tetap berkeras. Lapar nanti gadis itu juga yang susah.

Eun Jung keseorangan di dalam kelas, semua sudah keluar ke kantin. Byeol pula masih belum pulang dari membeli. Mahu ikut juga tetapi kepala rasa pening sedikit jadi dia hanya menunggu di dalam kelas.

Sedang mengelamun, tiba-tiba muncul seekor kucing melompat ke atas meja Eun Jung. Gadis itu terkejut. Dia menghalau kucing itu apabila kertas-kertas di atas mejanya dipijak haiwan itu.

"Dasar kucing gemuk."

Eun Jung memandang tajam ke arah kucing itu yang sudah berada di bawah meja. Habis kotor kertas tadi. Sudahlah itu kertas kerja yang perlu dihantar esok.

"Sini kau."

Kucing itu berlari keluar apabila Eun Jung mula mengejarnya. Eun Jung geram. Dapat cubit pipi tembam kucing itu sekali pun tak apa asal dia puas.

Eun Jung berlari ke arah pintu kelas sehingga dia tidak perasan dua orang lelaki yang sedang melintasi kelasnya menyebabkan dia bertembung dengan salah seorang daripada mereka.

Sempat lelaki itu memaut pinggang Eun Jung dan disebabkan badan mereka tidak seimbang, perlahan-lahan lelaki itu menjatuhkan badan Eun Jung ke bawah. Dia pula menghempaskan badannya ke tepi.

Eun Jung menghembus nafas lega, sekurang-kurangnya dia tidak jatuh dengan kuat. Tak ada lah sakit badan semua.

"Woong, kau okey tak?"

Seorang lagi lelaki yang berdiri tadi mula menghampiri kawannya. Eun Jung berpaling sebelum dia menekup mulutnya. Terkejut.

"Awak okey tak?" Tanya Eun Jung, cemas. Dia duduk melutut di hadapan Ji Woong.

Ji Woong senyum nipis seraya menolak lembut tangan Eun Jung di atas tangannya. Dia mula bangun dan pergi dari situ.

"Lain kali hati-hati."

Kawan Ji Woong tadi berpesan sebelum dia turut pergi. Sempat dia memberi senyuman lebar pada Eun Jung.

Eun Jung mengemam bibir. Rasa bersalah pada Ji Woong.

OG : CRUSH 으깨다 ° ZB1 JIWOONGWhere stories live. Discover now