Bab 3

2.7K 114 12
                                    

Badan yang terasa sakit di abaikan. Dia terus sahaja menyumbat bajunya masuk ke dalam beg kecil. Dia sudah penat dengan apa yang berlaku, dia mahu lari daripada neraka ciptaan mak sedaranya ini!

Hauraina membuka pintu biliknya lalu menutupnya semula supaya Salmah tidak tahu yang dia tiada di dalam bilik. Nasiblah si Salmah tu tiada di rumah pada waktu malam. Dia pergi ke mana? Pergi kelab lah apa lagi !

Hauraina memakai selipar lalu perlahan-lahan dia berjalan meninggalkan rumah usang itu. Kakinya sakit akibat diketuk oleh mak saudaranya tadi. Tetapi hatinya lagi sakit apabila dihina oleh syaitan itu!

Setelah beberapa jam berjalan, Hauraina sudah sampai di bandar. Dia seperti orang bodoh. Dia tidak pernah keluar daripada kampung semenjak umi dan abinya meninggal dunia. Dia terpegun melihat bangunan-bangunan yang tinggi.

"Aku nak pergi ke mana ni?" Hauraina mengeluh lalu dia terus berjalan. Duit di dalam beg di ambil. Hanya ada 30 ringgit sahaja.

"Haih boleh lah ni beli makanan" Hauraina mencari kedai makan. Seharian perutnya kosong.

Hauraina membeli mee goreng lalu dia makan di tepi bangunan. Dia takut mahu makan di kedai tadi kerana ramai lelaki dan mereka semua memandangnya dengan senyuman yang menyeramkan.

"Hai cik adik manis" sapa seorang lelaki. Mukanya seperti cina.

"Nak pergi ke mana?" Soal lagi seorang lelaki cina di sebelah lelaki cina tadi. Eh kembar lah. Muka handsome tapi gatal!

Hauraina berhenti makan lalu dia memandang dua orang lelaki di hadapannya, polisterin yang berisi Mee goreng tadi di tutup lalu dia bangun. Ingin pergi ke tempat lain kerana tidak selesa dengan dua orang lelaki cinta yang gatal itu.

"Eh awal lah pergi, kami tak buat apa-apa pun, kami hanya nak kenal kenal aje" ujar seorang kembar lelaki cina itu, dia mendekati Hauraina.

"Apa awak nak? Jangan ganggu saya" ujar Hauraina. Kakinya sudahlah sakit mahu lari.

Dua orang kembar itu ketawa lalu mereka memandang muka gadis di hadapan mereka dengan penuh minat.

"Comel betul budak ni" ujar lelaki cina itu.

"Jangan kacau saya!" Hauraina cuba melarikan diri daripada tempat itu.

"Eh jangan lah lari!" Ujar dua orang lelaki cina itu, cuba mengusik Hauraina.

Mereka mengejar gadis itu sambil ketawa nakal. Sampai sahaja di satu lorong, Hauraina sudah seperti mahu menangis kerana tiada jalan lagi mahu larikan diri. Dia sudah berada di jalan mati.

"Jangan kacau saya" air mata sudah bertakung di tubir mata.

Mereka berdua ketawa lalu menepuk tangan apabila berjaya menakutkan si gadis itu. Baru sahaja mereka ingin mendekati Hauraina, satu suara mencelah di belakang.

"Apa kau orang berdua buat ni? Ganggu perempuan lagi?" Soal satu suara. Dia melihat dua orang cina muslim itu dengan pandangan dingin.

Hauraina melihat seorang lelaki kacak berdiri di belakang dua orang kembar cina itu. Wajahnya dingin. Hauraina berlari ke arah lelaki itu lalu dia menyorok di belakang lelaki tersebut. Hauraina takut sehingga badannya menggigil.

"Tolong saya tuan" ujar Hauraina, tangisannya sudah pecah.

"Xian! Xiong! Kau buat apa ni?" Soal lagi satu suara.

"Alah Tengku Asyraf ni, kami saja aje nak gurau gurau dengan dia" ujar Xian lalu tersengih kambing. Dia dan abangnya mendekati Tengku Asyraf lalu mereka beredar daripada situ. Haih dua orang kembar itu memang nakal!

DANISH HAIZIQ |✓Kde žijí příběhy. Začni objevovat