Bab 38

1.7K 119 12
                                    

Hauraina membutangkam baju kemeja suaminya lalu membetulkan tali leher yang sedikit senget.

Danish tersenyum apabila melihat jari runcing itu licah membetulkan bajunya. Minyak wangi di ambil lalu dispray ke leher dan baju lelaki itu.

Usai sahaja membuat tugasnya, Hauraina duduk di birai katil.

"Abang, Arrien takutlah duduk rumah" wajah Hauraina sedih. Perangainya sangat manja apabila kandungannya masuk dua bulan. Sentiasa baru suaminya itu di sisi.

Danish mendekati isterinya lalu mencium ubun-ubun isterinya, bibir wanita itu di usap sayang dan hidung comel wanita itu di cuit manja.

"Makjah dengan Maksom kan ada" Danish memujuk Hauraina. Rambut isterinya di selitkan ke belakang telinga.

Hauraina menunduk memandang lantai, dia tidak mahu berpisah dengan Danish. Jujur dia rasa takut, lagi-lagi dengan berbadan dua. Macam-macam boleh berlaku

Danish rasa bersalah apabila melihat wajah isterinya bertukar sedih. Dagu Hauraina di cubit lalu di angkat kepala wanita itu supaya memandangnya.

"Okay..okay Arrien ikut abang pergi pejabat" Danish mengukir senyum Apabila wajah isterinya yang sedih tadi bertukar menjadi gembira.

"But..not now, okay? I have a lot of meetings this morning" Danish merangkul pinggang isterinya lalu mereka melangkah ke tingkat bawah.

"Nanti Abang suruh Xian ambil Arrien ya?" Mereka berdua berpandangan. Danish merasa lega apabila isterinya menganggukkan kepala dan mengukir senyuman.

Dia mengambil coat yang berada di atas sofa lalu menyarungkan coat itu di badannya, kunci kereta Lamborghini barunya di ambil. Tangan di hulurkan kepada Hauraina untuk isterinya menyalam tangannya, kedua belah pipinya di cium sayang oleh sang isteri.

Danish mengucup bibir mulus itu. Dahi Hauraina di cium lembut.

"Abang pergi dulu, sayang. Assalamualaikum" Danish memakai kasutnya.

"Waalaikumsalam" Hauraina melihat kereta suaminya yang meluncur keluar dari pintu pagar. Satu keluhan di lepaskan lalu dia duduk di sofa.

Makjah dan Maksom menghampiri Hauraina lalu melabuhkan punggung di hadapan wanita itu.

"Kenapa ni Aina? Kamu macam pikirkan sesuatu aje" soal Makjah.

"Tak tahu lah, saya rasa letih sangat" Hauraina mengambil kek oren yang dibuat oleh dua orang wanita tua itu.

"Alah, biasalah tu Aina. Kalau mengandung memang badan tu selalu rasa letih" ujar Makjah.

Hauraina tersengih, dia menghabiskan kek oren di tangannya lalu mengambil air teh yang di hidangkan di atas meja. Dia meminta izin untuk masuk ke dalam bilik, mahu rehatkan badan sebelum bersiap pergi ke pejabat suaminya.


.

Hauraina membetulkan tudungnya di hadapan cermin, lipstick berwarna merah jambu di ambil lalu di pakai.

"Cepatlah Haura, lama dah saya tunggu awak ni" Xian menguap, matanya di gosok. Penat menunggu wanita itu bersiap.

"Ye sabarlah" Hauraina mengambil beg tangannya lalu mereka berdua berjalan menuju ke kereta Mercedes G Wagon milik Xian.

Sepanjang perjalanan, Hauraina dan Xian tidak berhenti-henti bersembang. Ada sahaja topik yang mereka berdua bualkan.

"Saya suka tengok Tengku Asyraf dan Alisa tu. Comel sangat !" Ujar Hauraina, dia tersengih. Bukan dia mahu maksudkan yang Danish tidak cukup bagus. Dia cuma suka tengok dua pasangan itu.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now