Bab 47

1.8K 132 25
                                    

Danish mendekati isterinya yang sedang duduk di balkoni sambil termenung. Air mata wanita itu tidak berhenti mengalir. Kaki melangkah ke balkoni lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Hauraina.

"Arrien, janganlah macam ni. Dah tiga hari daddy pergi, Arrien asyik menangis je" Danish memegang tangan isterinya.

Hauraina menoleh ke kanan, mata mereka berdua bertemu lalu air matanya mula bertakung kembali di tubir mata.

"Ar-arrien rindu daddy, Arrien sayang daddy, Abang" tangisan wanita itu pecah di dalam pelukan sang suami.

"Abang tahu Arrien sayangkan daddy tapi jangan sampai kemurungan macam ni, Sayang. Dah tiga hari Arrien tak makan, Arrien tak kesiankan anak kita ke? Hm?" Soal Danish dengan nada lembut, air mata sang isteri di seka menggunakan jarinya.

Hauraina terdiam, dia terlalu sedih kerana kehilangan Ayah kandungnya sehingga dia mengabaikan kesihatan dan anak di dalam perut.

"Arrien dah sembilan bulan, tarikh bersalin sayang minggu depan kan?" Danish mengusap-ngusap perut isterinya.

Hauraina menganggukkan kepalanya, dia menyandarkan badan kecilnya di dada lelaki itu.

"Abang, Arrien rindu daddy" bilangnya dengan suara yang serak.

"I know, my little lady. Kita sedekahkan Al-fatihah untuk daddy ya?" Bibirnya mengucup dahi si isteri.

Hauraina diam, dia tersenyum nipis apabila Danish berjaya membuatnya rasa tenang.

"Jom turun sayang, Abang masakkan Arrien bubur ya?" Danish berdiri, dia menggenggam tangan Hauraina sambil mereka jalan berdua ke lift.

Semasa Danish sedang memasak, Hauraina masuk ke bilik Alexander lalu dia mengemas katil dan beberapa barang yang berterabur di lantai. Senyum terukir di bibirnya apabila melihat bayangan dirinya dan ayahnya ketawa dan bergurau bersama di dalam bilik itu. Sedang Hauraina membetulkan cadar katil, dia terjumpa satu kertas yang berlipat.

Perlahan-lahan punggung di labuhkan di atas katil sambil tangan memegang perut. Kertas tadi di buka lalu dia membaca isi di dalamnya. Nampak macam baru sahaja di tulis. Tangannya menggigil apabila membaca surat itu.

Niatku ingin menulis surat ini kerana aku tahu masanya akan tiba. Masa di mana aku akan kembali kepada sang pencipta.

Ayat permulaan surat itu di baca.

Buat anakku Hauraina Arrien yang disayangi, Daddy dapat merasakan yang hidup daddy sudah tidak lama lagi. Jadikan izinkan daddy menulis surat ini untuk kamu buat kali yang terakhir.

Haura, Daddy minta maaf atas segala dosa yang sudah Daddy buat kepada kamu. Daddy kejam, Daddy naif, Daddy pentingkan diri sendiri. Sanggup hantar anak ke rumah anak yatim dan kembali ke London. Maafkan daddy sayang.

Air mata Hauraina mula mengalir di pipi dan menitis ke atas kertas.

Mommy berikan Daddy amanah untuk jaga kamu, kami sudah berjanji tetapi Daddy ingkar semua itu. Dua puluh satu tahun tanpa kamu dan mommy, hidup Daddy sangat kosong. Daddy ingin bertemu dengan kamu tetapi daddy takut. Takut jika kamu tidak lagi terima dan tidak akan maafkan Daddy kerana sikap daddy yang teruk.

Daddy tidak akan berhenti meminta maaf dan menyalahkan diri sendiri. Daddy ingin melutut meminta ampun dengan kamu dan Mommy atas segala silap yang telah daddy lakukan. Daddy pernah mimpi, Daddy berada di suatu tempat dan di situ Daddy nampak kamu dan Mommy menangis sambil menunjukkan jari ke arah Daddy. Kamu berdua meninggalkan Daddy keseorangan di kawasan itu lalu Daddy di seksa dan di pukul. Sebab itulah Daddy sentiasa menyalahkan diri sendiri. Jika bukan sebab tindakan bodoh yang telah Daddy buat pastu kamu tidak akan di dera teruk. Maafkan daddy, Haura.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now