Bab 37

1.8K 136 21
                                    

Doktor mengesahkan kandungan Hauraina sudah satu bulan, dia dan Danish gembira apabila mendengar berita itu.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Danish setia memegang tangan isterinya.

"Abang ni, dari tadi pegang tangan Arrien" Hauraina tersengih.

"Abang takut bila Abang lepas, Arrien akan hilang" Danish memandang muka isterinya. Wajah itu berseri.

Hauraina dan Danish ketawa, mereka berbual sahaja sepanjang perjalanan. Tiba-tiba ada kereta Honda melanggar-langgar belakang keretanya dengan kuat. Tangan Danish menahan perut Hauraina, posisi menjaga kandungan itu.

"Abang, Arrien takut" Hauraina terasa mahu menangis apabila kereta Honda itu makin kuat melanggar kereta mereka.

Danish menekan minyak, tangan kirinya setia di perut kempis Hauraina. Kereta Honda tadi juga mula bergerak laju.

BAM!

Kepala Hauraina terhantuk di tingkap apabila kereta tadi melanggar belakang kereta mereka lagi.

"Arrien, are you okay?" Soal Danish risau.

Hauraina menganggukkan kepalanya, matanya membulat apabila melihat lori besar mendekati kereta mereka.

"Abang lori !!"

Tangan Danish laju memusingkan stereng kereta lalu kereta mereka berpusing-pusing. Seatbelt Danish di tanggalkan lalu dia memeluk tubuh isterinya dengan kuat.

Bagaikan Déjà vu situasi yang mereka alami. Danish cuba melupakan kisah silamnya. Wajah Hauraina yang pucat di pandang.

"Shh don't cry, my little lady. I'm here" Kepala Hauraina di usap-usap.

Kereta mereka sudah hampir masuk ke dalam gaung. Dengan perlahan Danish keluar lalu menolong isterinya. Tubuh Hauraina di peluk erat.

"Kereta Abang.." Hauraina melihat kereta suaminya yang hancur teruk di bahagian belakang.

Danish membelai kepala Hauraina, dahi isterinya di cium perlahan.

"It's okay, I can get another car but I can't get a gorgeous and good wife like you, my little lady. You're more important than my car. I'd rather lose my car than lose you, Sayang" ujar Danish dengan senyuman manisnya.

Hauraina melentokkan kepalanya di dada suaminya. Danish sedang menelefon Xiong.

"Hello bro, tolong amik aku dan Haura"

"Kenapa?" Soal Xiong.

"Accident"  panggilan terus di matikan lalu Danish menenangkan isterinya yang sedang menggigil. Keretanya yang hancur remuk di pandang dengan pandangan kosong. Dia tidak dapat bayangkan kalau peristiwa lama berulang kembali. Cukup kehilangan Darwin, dia tidak mahu kehilangan orang yang dia sayang lagi.

Beberapa jam kemudian, Xiong sampai bersama lori, lori itu mengambil kereta Danish lalu membawanya ke tempat baiki.

"Kau okay tak bro?" Soal Tengku Asyraf. Dia dan Alisa terus mengikuti Xiong apabila mendengar kemalangan Danish dan Hauraina.

"Aku okay" Mereka berdua masuk ke dalam kereta. Kereta Mercedes G Wagon itu laju membelah jalan raya.

"Mereka dah mulakan serangan" ujar Danish, dia melihat Hauraina yang sudah terlelap di sebelahnya.

Tengku Asyraf memandang Danish dari cermin. Tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati.

Telefon Xiong berbunyi nyaring, nombor Xian di angkat lalu loudspeaker di buka atas arahan Danish.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now