Bab 27

2.3K 165 7
                                    

Dia melihat sekeliling. Kaki terus melangkah di dalam hujan yang lebat. Tempat ini lagi? Kenapa dia selalu kembali ke sini? Dan tiba-tiba hujan yang tadinya lebat berhenti dan matahari mula menunjukkan diri di sebalik awan.

'Aku di mana ? Tempat apa ni?' Soal hatinya. Dia tidak dapat berhenti melangkah, bagaikan ada magnet menarik dirinya sehinggalah kakinya berhenti di suatu tempat.  Ada satu kertas berwarna putih terlipat cantik di tepi tngkap kafe. Tangannya naik lalu mengambil kertas putih itu, isinya di baca.

Mi dispiace, figlia mia

Dia mengerutkan dahinya, tidak faham dengan maksud ayat itu. Dia ternampak ada lagi satu kertas melekat di tingkap itu. Sekali lagi tangannya naik lalu mengambil kertas itu. Tetapi kali ini, kertasnya berwarna merah.

Non ti odio, ti ho lasciato perché la tua sicurezza è più importante. Perdonami, figlia mia!

Dia tidak faham maksud ayat itu tetapi mengapa air matanya tiba-tiba mengalir?

"I'm sorry, my daughter" ada satu suara bisik di belakangnya. Betul-betul dekat dengan cuping telinganya.

"I miss you, Hauraina Arrien" sekali lagi suara itu berbisik. Tetapi dia bagaikan terkunci, badannya tidak dapat pusing ke belakang.

Hauraina Arrien, itu namanya. Dia bagaikan terlupa siapa dirinya. Hauraina melihat ada sesuatu di depannya, satu sosok perempuan sedang memeluk seorang seorang lelaki. Dia menangis di dalam pelukan lelaki itu. Suara tangisan perempuan itu terhenti dan bertukar menjadi senyuman, dia berpaling ke kiri lalu matanya dan Hauraina bertembung. Hauraina terkaku. Sosok perempuan itu ialah dirinya sendiri.

Hauraina melihat dirinya tersenyum kepadanya. Entah kenapa dia rasa seram dengan pandangan dirinya sendiri. Kaki yang tadinya seperti dikunci, kini mula melangkah semula ke suatu tempat. Dia melihat dirinya masih memandangnya.

"I'm sorry, I'm sorry" seperti ada tangisan lelaki, teresak-esak dia menangis.

Hauraina tiba di tempat itu. Dia melihat seorang lelaki sedang memeluk bayi, lelaki itu membelakanginya.

"I love you, sweetie but I'm sorry" bayi itu di peluk erat.

Air mata Hauraina bertakung, entah kenapa dia rasa sebak melihat situasi di hadapannya ini. Dia melihat lelaki tadi menghulurkan bayi itu kepada seseorang. Hanya nampak tangan sahaja di sebalik dinding berwarna hitam yang besar.

"Protect her"

"Baik Tuan, terima kasih kerana hantarnya ke sini"

Hauraina tidak faham apa yang sedang berlaku. Dia menunduk memandang lantai, tiba-tiba ada kasut di depan kakinya. Kepala di angkat lalu dia melihat lelaki Itu. Mata terbuka luas.

"Hauraina" bisiknya.

Dia hanya diam, suaranya seperti tersekat di kerongkong. Matanya bertemu dengan mata lelaki itu.

"You will know the real thing" suara yang berbisik tadi kembali. Tetapi tiada orang pun di situ.

Matahari tadi kembali meyembunyikan diri. Awan menjadi gelap dan hujan lebat kembali turun, membasahi dirinya.

Pap!

Ada satu tangan berkulit hitam memegang bahu Hauraina.

"Hauraina!"

Hauraina tersentak dia terus terjaga dari lenanya. Dia melihat Danish sedang memandangnya dengan riak wajah yang risau.

"Hey, Are you okay?" Soal Danish, suaranya serak-serak basah.

"A-abang.. Haura mimpi" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Danish sudah menariknya masuk ke dalam pelukan.

"Shh, It was just a dream"

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now