Bab 23

2.4K 197 4
                                    

Dengan satu lafaz, Hauraina Arrien sudah menjadi isteri Danish Haiziq yang sah. Air mata gembira mengalir di pipi. Ini rupanya perasaan bila berkhawin.

Danish tersenyum manis memandang Hauraina. Perlahan-lahan dia mendekati wanita itu lalu mengambil tangan isterinya.

"Tangan kau sejuk" ujar Danish lalu tersenyum. Dia menyarungkan cincin emas berhias permata di jari wanita itu. Tangan Hauraina di cium lembut lalu bibirnya menuju kepada dahi Hauraina.

Apabila mata mereka bersabung. Hauraina melihat senyuman yang cukup ikhlas di wajah Danish. Senyuman yang jarang lelaki itu tunjukkan.

"You're mine" bisik Danish perlahan.

"And I'm yours" Hauraina menyalam tangan Danish, mereka berdua tersenyum manis.

"Senyum! 1 2 3!!" Amsyar adik kepada Alisa mengambil gambar dua pasangan itu.

Gambar pertama Danish hanya membuat wajah bekunya. Gambar yang lain barulah dia senyum kerana di paksa oleh Amsyar dan Tengku Asyraf.

Alexander tersenyum nipis melihat Hauraina yang kelihatan cantik. Sekali pandang Hauraina memang sama seperti Hailiena, itu membuatkan hati Alexander semakin terluka. Terluka kerana dia tidak jujur kepada isterinya. Terluka kerana dia tidak menjaga cahaya matanya itu.

Danish membiarkan Hauraina bersembang bersama Alisa dan adik-beradik Tengku Asyraf. Dia mendekati Alexander yang hanya bersandar pada dinding masjid.

"Terima kasih" Senyuman manis di berikan kepada lelaki itu.

"For what?" Danish mengerutkan dahinya.

"Sebab sudi jadi suami kepada Hauraina Arrien. Aku nak kau jaga dia. Berikan dia perhatian dan kasih sayang" Alexander memandang Danish lalu dia menunduk. Air matanya bertakung.

Danish hanya diam. Dia menganggukkan kepalanya sebelum meninggalkan Alexander bersendirian. Dia mendekati Tengku Asyraf dan Xiong yang sedang bersembang.

"Bro! Selamat pengantin baru!" Xiong menepuk belakang badan Danish. Segak betul bossnya itu apabila berbaju melayu!

"Semua dah khawin. Manalah jodoh aku ni?" Ujar Xiong lalu dia ketawa.

"Nanti adalah kisah cinta untuk kau dan si dia" Tengku Asyraf menyiku lengan Xiong lalu mereka ketawa. Danish pula hanya tersengih.

"Ada dua je, sama ada jodoh bersama orang ataupun bersama ajal" Kata-kata Xiong membuatkan Danish dan Tengku Asyraf terkedu. Mereka memandang Xiong yang sedang tersengih.

"Dah lah! Jom pergi dekat mereka" Danish terus meninggalkan Tengku Asyraf dan Xiong.

.

"Akak Haura khawin dengan uncle Danish!!" Iskandar duduk di atas riba Hauraina, suaranya begitu teruja.

Hauraina ketawa melihat kecomelan budak kecil itu. Dia memeluk Iskandar, rambut perang Iskandar dihidu. Bau lavender!

"Is suka ya?" Soal Makjah dengan senyuman.

"Suka!! Kak Haura dengan uncle memang sesuai!." Hauraina ketawa mendengar kata-kata budak kecil itu.

"Mengada betullah kau ni Is! Menyampah aku tengok, sibuk nak duduk dengan Haura" Xian menjeling Iskandar.

Iskandar geram dengan unclenya yang suka mencari pasal. Dia bangun lalu duduk di riba Alisa.

"Mama! Tengok uncle Xian tu" bibir pinknya di cebik. Muka dibuat-buat seperti mahu menangis.

"Biarlah dia tu, orang single memang macam tu" Alisa mengusap rambut anaknya. Senyuman sinis di berikan kepada Xian.

Mata Xian membulat mendengar kata-kata Alisa. Dia menikam anak mata wanita itu.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now