Bab 13

2.4K 99 4
                                    

Rumah agam itu sunyi. Hauraina berjalan seorang diri ke kolam di luar rumah. Maksom tidak ada kerana pergi ke pasar. Danish tidak membenarkan Hauraina ikut kerana takut apa-apa terjadi.

"Bosannya!" Hauraina terus duduk di kerusi malas berdekatan kolam lalu dia termenung.

Danish tidak dapat membawa Hauraina keluar kerana dia tidak akan duduk di pejabat pada hari ini. Ada hal yang perlu dia uruskan.

Hauraina mengeluh lalu dia menutup matanya seketika. Lama betul Maksom ni beli sayur.

"Hello"

Hauraina terus bangun lalu dia memandang kiri kanan. Tiada sesiapa tetapi tadi dia mendengar satu suara lelaki berkata 'hello'. Suara itu sungguh halus.

"Hauraina..I'm here"

Hauraina menelan liur. Ada satu tangan keluar daripada pintu gelangsar itu. Badannya tidak nampak, hanya tangan sahaja.

"Hauraina" suara itu semakin mengerikan tangannya bergerak gerak di udara.

"S-siapa tu?" Soalnya. Hauraina memberanikan diri untuk menegur.

Tangan yang bergerak di udara itu terhenti lalu tangan itu hilang di sebalik pintu gelangsar.

Hauraina sudah rasa mahu menangis. Siapa pula di rumah sekarang ni?

"Hauraina" suara itu separa berbisik di telinganya, kini di belakang Hauraina.

Hauraina berpaling lalu dia menjerit dengan kuat.

"Arghhhh!" Hauraina menutup matanya.

Orang itu ketawa lalu dia menolong Hauraina bangun.

"I'm sorry my little lady. Takut hm?"  Danish memandang Hauraina.

"Danish! Awak ni!" Hauraina terus memukul bahu Danish.

Danish ketawa dengan kuat. Dia mengusap kepala Hauraina yang di lindungi tudung.

"I'm sorry, jom keluar"

"Nak pergi mana?" Soal Hauraina.

"Kau nak duduk rumah seorang diri? Okay" Danish terus melangkah ke pintu masuk.

"Tapi kalau tiba-tiba ada tangan tu.. Bukan aku tau" Danish menoleh lalu dia tersenyum sinis.

Hauraina membulatkan matanya. Dia terus sahaja berlari masuk ke dalam rumah.

"Tunggu saya!!" Bergema suara gadis itu di dalam rumah. Danish ketawa apabila melihat muka Hauraina sudah seperti mahu menangis.

.

Danish membawa Hauraina pergi ke markasnya. Hauraina hanya berkepit dengannya. Suasana di dalam markas itu sunyi tetapi ramai orang.

"Tempat apa ni?" Soal Hauraina.

Danish hanya diam lalu dia menarik tangan gadis itu.

"Jalan cepat sikit boleh? Dah macam itik!" Danish menggenggam erat tangan Hauraina.

Sampai sahaja di pejabatnya di markas itu. Danish membawa Hauraina masuk lalu menyuruh gadis itu duduk di sofa.

"Aku ada kerja nak buat. Duduk diam,nak laptop amik dekat sini" Danish berkata lalu dia mengambil file dan membuka MacBook.

Hauraina sudah seperti orang bodoh di dalam itu. Sudah setengah jam dia duduk di dalam bilik itu.

BAM!

Pintu bilik itu di buka dengan kasar lalu orang yang membuka pintu itu menutupnya.

Danish mengeluh. Kalau mamat ni yang masuk memang tiada salam. Redah aje!

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now