Bab 46

1.7K 126 23
                                    

"Haura, sini duduk sebelah daddy" Alexander menyeru anaknya yang baru sahaja keluar daripada lift, terkedek-kedek wanita comel itu berjalan.

Tangan Hauraina di genggam erat oleh Alexander, mata lelaki tua itu merenungnya dengan penuh kasih. Tetapi tidak tahu kenapa, hati Hauraina berdegup laju apabila ayahnya seperti mahu mengatakan sesuatu.

"Daddy sayangkan Haura" ujar Alexander lalu dia memberi ciuman di dahi anak kesayangannya itu.

Hauraina hanya diam, mata lelaki tua itu terkunci pada wajahnya.

"Haura nampak berseri bila mengandung" Mereka berdua tertetawa bersama.

Tangan Alexander memegang perut Hauraina yang sudah berusia lapan bulan.

"Assalamualaikum cucuku, jadi anak yang soleh dan solehah" senyum nipis terukir di bibirnya. Tiba-tiba air matanya menuruni pipi, dia dapat rasakan yang mungkin dia tidak sempat melihat cucunya dilahirkan ke Dunia. Dunia yang penuh misteri dan rahsia.

"Daddy, why're you crying?" Soalnya.

Alexander hanya membisu, badannya di peluk erat oleh anak kandungnya.

"Daddy minta maaf, daddy banyak salah dengan kamu, Haura. Daddy biarkan kamu membesar di rumah anak yatim dan akhirnya kamu di jaga oleh manusia yang tiada hati perut. Maafkan daddy sayang" dahi Hauraina di cium lembut.

Air mata Hauraina bertakung di tubir mata, dia sebenarnya terasa dengan sikap daddynya yang sanggup membuatkannya hidup tanpa tahu status diri. Dulu dia berbintikan  Abdullah dan ramai memanggilnya anak tidak sah taraf. Ada juga yang memanggilnya dengan kasar seperti anak luar nikah.

Mengapa ramai manusia yang budi bicaranya seperti dia sudah terlalu sempurna di dunia ini? Kenapa ramai manusia menganggap bin/binti 'abdullah' itu ialah anak tidak sah taraf? Sedangkan ada sahaja manusia yang bernama Abdullah.

Hauraina terasa sakit di hatinya apabila teringat segala hinaan yang dia dapat daripada manusia-manusia yang rasa diri mereka sempurna.

"Maafkan daddy" bunyi esakan lelaki tua itu membuatkan Hauraina tersedar daripada lamunan, dia tidak perasan yang air matanya sudah pun mengalir di pipi dan menitis di tangan ayah kandungnya.

"Daddy, jangan ingat benda tu lagi. Haura dah lama maafkan daddy"  ujar Hauraina, air mata Alexander di seka dengan jarinya.

Alexander tersenyum lalu dia mengusap kepala Hauraina. Wanita itu sama seperti arwah isterinya. Senang memaafkan orang dan sentiasa kelihatan tenang.

"Daddy mahu tidur, nanti makan malam sudah siap. Kejutkan daddy ya?" Alexander tersenyum nipis.

Hauraina mengucup tangan ayahnya dan menganggukkan kepala.

"Daddy sayang Hauraina" ujarnya sebelum berdiri dan melangkah ke bilik tidur

Hauraina melihat Alexander yang sudah masuk ke dalam bilik. Hatinya tiba-tiba rasa sesuatu. Sesuatu yang tidak kena.

.

Mata dari tadi memerhati seorang lelaki yang berdiri di balkoni sambil termenung. Seperti jasadnya di situ tetapi rohnya merayau-rayau di tempat lain. Kaki melangkah mendekati lelaki itu lalu bahu lelaki itu di tepuk.

"Kau fikir apa tu Xian?" Soal Danish.

"Aku rindu Xiong, dah seminggu dia dekat sana tapi tak ada pun bagi aku message" Xian mengeluh, dia risau.

Danish tersenyum nipis, ya Xiong sudah seminggu tidak online. Message yang dia hantar pun lelaki itu masih belum baca.

"Kau dah cuba buat panggilan?" Soal Danish.

DANISH HAIZIQ |✓Onde as histórias ganham vida. Descobre agora