Bab 45

1.8K 139 17
                                    

"Bro, aku nak keluar dari kumpulan Rosa Nera" ujar Xiong.

Prangg!!

Empat kepala di situ menoleh ke kanan apabila mendengar bunyi sesuatu jatuh ke lantai.

"Kau kenapa! Kau dah tak betul ke?" Marah Thomas, air sirap yang di bancuh oleh Maksom tadi sudah selamat mendarat ke lantai. Leher Xiong dicekik lalu di goncangkan dengan laju.

"Sakitlah bodoh!" Xiong menolak tangan Thomas dengan kasar. Mukanya merah menahan marah dan sakit.

Thomas terus sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa apabila melihat pandangan tajam daripada Tengku Asyraf.

"Thomas!! Melekit lah lantai!!" Jerit Alisa dengan nyaring.

"Pergi bersihkan lantai sebelum aku suruh kau jilat air sirap yang dekat lantai tu!" Bilang Tengku Asyraf dengan nada tegas.

Tidak menunggu lama, Thomas berlalu ke dapur dan mengambil mop.

Danish menggelengkan kepalanya, matanya kembali kepada Xiong.

"Kenapa kau nak keluar daripada kumpulan ni?" Soal Danish dengan tenang.

"Aku bukan nak keluar tapi.." Xiong menghelakan nafasnya yang terasa sesak di dada, muka diraup. Dia rasa bersalah kerana buat keputusan terburu-buru. Tetapi dia terpaksa.

"I have to go back to Spanish" ujar Xiong, matanya melirik ke arah Xian, muka adiknya sudah berubah bengis.

"Kau nak buat apa pergi sana, Xiong? They don't need us anymore!" Suara Xian naik seoktaf.

"Xian, mereka tetap keluarga kita" nada suara Xiong lembut, cuba memujuk adiknya yang ego itu.

Xian berdiri, dia mendekati abangnya lalu mata mereka bertemu.

"Mereka punca kita kehilangan keluarga ! Kau tak ingat ke? Kau tak ingat ke macam mana adik kita terseksa sebab mereka?!" Suara Xian naik seoktaf lagi. Air matanya mula bertakung di tubir mata.

Xiong mengangkat tangannya lalu meletakkannya di bahu si adik.

"I will never forget, Xian. Tapi mereka sudah pun minta maaf" pujuk Xiong.

"Pergi mampus lah dengan maaf mereka! Mereka boleh hidupkan mak ayah dan adik semula kita ke?" Suara Xian menjadi serak. voice full of anger and hatred.

Bibir Xiong terkunci, teringat jeritan adik perempuannya yang kesakitan. Teringat muka ibu dan ayahnya yang tersenyum sebelum menutup mata dengan bertemankan dua kalimah syahadah. Kisah pahit itu pernah menghantuinya dahulu.

Xiong terdengar esakan kecil adik lelakinya itu. Tubuh Xian di tarik masuk ke dalam pelukan.

"Sebab mereka, hidup aku tak tenang bang. Sebab mereka kisah pahit tu menhantui hidup aku" terhinjut bahunya apabila teringat kisah pahit itu.

"Aku tahu Xian, aku tahu kau sakit. Aku pun sakit, Xian. Tapi semua orang buat silap. Semua orang layak dapat peluang ke dua" suara Xiong lembut.

"Tapi bukan mereka!" Xian menolak tubuh abangnya.

"Kau nak jumpa mereka? Silakan! Tapi aku tak akan ikut ! Aku tak nak ada yang mati nanti" ujar Xian sebelum dia melangkah pergi meninggalkan mereka semua di ruang tamu. Hauraina dan Alisa terdiam kerana mereka tidak pernah nampak Xian menangis. Lelaki yang sentiasa ceria itu rupa-rupanya seorang yang menyimpan satu dendam.

All people have bitter stories. A painful story when it starts haunting life

"Xian" dia terduduk di lantai, mata merenung sang adik yang sudah semakin jauh.

DANISH HAIZIQ |✓Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ