Bab 15

2.4K 97 10
                                    

Danish melihat Hauraina yang tidak reti duduk diam. Sekejap membasuh pinggan, sekejap menyapu lepastu memasak. Sibuk betul gadis itu!. Maksom tiada kerana perlu pulang ke kampung.

"Aku rasa dah tiga kali kau mop lantai ni" ujar Danish sambil menghirup air kopinya.

Hauraina tersengih lalu dia meletakkan mop di dalam stor. Ikan yang digorengkan tadi di angkat lalu menumiskannya dengan sambal.

"Kejap lagi ikut aku"

"Pergi mana? Taknak lah! Saya nak duduk rumah" Hauraina terus memusingkan badannya menghadap kuali.

Danish mengetap rahang. Kalau tak degil bukan Haurainalah namanya! Sudah masuk tiga bulan Hauraina bekerja dengannya. Dia sudah tahu perangai gadis itu.

Hauraina meletakkan nasi dan lauk di atas meja.Danish bangun, dia mendekati Hauraina lalu mengunci pergerakan gadis itu. Tangannya di tekan ke meja.

"Kau ni memang suka cari pasal kan? Hm?" Jarak makin di rapatkan.

Hauraina menelan liur apabila merasa nafas hangat Danish di mukanya.

Danish tersenyum sinis apabila melihat muka pucat gadis di hadapannya itu. Mulutnya di dekatkan ke telinga Hauraina.

"Just follow me, my little lady. Or.." tangannya mengusap bibir Hauraina.

"O-okay! Saya ikut"  Hauraina terus menolak dada bidang Danish lalu dia mengambil pinggan.

Danish tersenyum sinis. Tau takut, ingatkan berani sangat!

.

Kereta Danish laju membelah jalan. Dia memandu dengan santai. Sampai sahaja di destinasi, Danish dan Hauraina keluar daripada kereta.

Danish ada benda penting yang mahu di beri kepada seseorang di Midvalley. Hauraina hanya membuntuti lelaki di hadapannya itu.

"Jalan cepat sikit boleh tak? Macam kura-kura" sindir Danish dengan sinis.

Hauraina hanya mengabaikan Danish. Dia sedang sibuk mencuci mata apabila lalu di hadapan kedai channel.

Danish menggelengkan kepala lalu dia mengeluarkan kad berwarna hitam. Kad itu di berikan kepada Hauraina.

"Pergi shopping" Dia memandang Hauraina.

"Eh! Taknak lah saya, saya taknak guna duit awak" Hauraina menolak.

"Jangan risau my little lady. Dalam ni ada lebih daripada satu juta" Tangan Hauraina di ambil lalu dia menarik Hauraina masuk ke dalam kedai channel.

Hauraina terdiam apabila dia sudah berada di dalam kedai barangan mewah itu. Dia memandang Danish yang sedang menilik beg tangan.

"Kau nak yang mana?" Soalnya kepada  Hauraina.

Hauraina melihat beg tangan yang berwarna hitam dan tali besi berwarna emas. Dia melihat harga lalu terdiam RM 17,000!? Hauraina menelan liur. haih ni kalau kumpul duit, setahun pun tidak lepas!

"Tapi cantik" bisiknya perlahan. Rasanya cukup dirinya sahaja yang dengar.

Danish tersenyum sinis lalu dia memandang seorang amoi yang berdiri di sisi Hauraina.

"I want to buy this one" Danish berkata. Mukanya hanya dingin.

Amoi itu mengambil beg yang di tunjukkan oleh Danish lalu membawanya ke kaunter.

Hauraina terkaku. Macam mana Danish boleh tahu dia mahu beg yang itu?

Usai membayar, Danish memberikan beg itu kepada Hauraina.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now