Bab 36

2K 140 36
                                    

Sebulan telah berlalu, Danish Mula hairan apabila Fuoco Spinato tidak lagi membuat kecoh. Salmah juga hilang.

Danish menuruni tangga, dia melihat Hauraina yang sedang memasak makanan tengah hari.

"Hmm" Danish memeluk Hauraina lalu menyembamkan mukanya di ceruk leher isterinya.

Hauraina tersenyum, itu memang rutin harian suaminya. Tomyam di masukkan ke dalam mangkuk lalu di hidangkan ke atas meja.

"Abang, boleh tak Arrien nak minta satu permintaan?" Hauraina memeluk lengan suaminya.

Danish mencium ubun-ubun Hauraina. Rasa tenang apabila mencium wanita kesayangannya itu.

"Apa dia?" Danish mencubit dagu Hauraina lalu mengangkat wajah gadis itu untuk memandangnya.

"Boleh tak kalau Abang  gelarkan diri Abang tu 'Abang' kalau dengan Arrien. Janganlah kau aku ! Tak romantik tau tak?" Hauraina memuncungkan bibirnya.

Danish ketawa, comel apabila mendengar permintaan isterinya itu. Bibir muncung Hauraina di kucup lembut.

"Alright dear, I'll try okay?" Danish menggenggam tangan isterinya, mereka berdua pergi ke halaman rumah. Tunggu kedatangan Tengku Asyraf, mereka sudah berjanji mahu makan tengah hari bersama-sama.

Baru sahaja Hauraina ingin mengambil tempat di sebelah suaminya, dia terus berlari ke bilik air.

"Uwerkk.. uwerkk" Hauraina memuntahkan isi perutnya. Tekaknya terasa loya. Dia dapat rasa ada orang mengusap belakang badannya dengan lembut.

"Are you okay, my little lady?" Soal Danish dengan nada risau.

Hauraina menganggukkan kepalanya. Kepala yang terasa berdenyut-denyut di picit.

Danish memapah isterinya ke ruang tamu, minyak angin di ambil lalu di sapukan ke hidung Hauraina. Dia membaringkan isterinya di atas peha lalu mengurut kepala wanita itu dengan lembut.

Hauraina terasa selesa apabila kepalanya di urut, lalu perlahan-lahan matanya tertutup rapat.

"Haura sayang"

Dia memandang ke kiri, kawasan itu kosong tiada orang. Di sekelilingnya dipenuhi kabus. Dia terpaku ke suatu tempat apabila ada seorang perempuan berbaju jubah putih bersih berdiri di situ.

"Haura, my lovely daughter" tangan wanita itu didepakan.

"M-mommy !" Hauraina berlari menuju ke wanita itu. Badan kurus itu di peluk erat.

"I miss you, Haura" Wanita itu mengusap-ngusap kepala anak perempuannya.

Hauraina memandang ibu kandungnya itu. Air matanya bertakung. Tiba-tiba kabus tadi menghilang, kini mereka berada di sebuah taman. Sungguh cantik. Di situ hanya ada mereka berdua.

"Sini Haura, duduk sebelah mommy" ujar ibu kandungnya, namanya ialah.. Hailiena Allien.

Hauraina tidak membantah, dia terus duduk di atas rumput bersama ibunya.

"N-ni mommy?" Dia mula bersuara.

Hailiena Allien tersenyum nipis lalu menganggukkan kepalanya. Kekura tangan anaknya di usap sayang.

"Ya sayang, I'm your mom" senyuman manis di berikan.

"K-kenapa mommy pergi? Kenapa mommy.." suara Hauraina sudah mula serak. Tubir matanya bertakung.

Wanita itu mengesat air mata di pipi anaknya. Lalu tubuh itu di peluk erat.

"I'm sorry.. I'm sorry sayang" Hailiena mengusap-ngusap badan anaknya itu.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now