Bab 41

1.8K 124 10
                                    

"Abang, Thomas hidup lagi" Hauraina memandang Danish yang sedang makan makanan hospital miliknya. Dia tiada selera mahu makan makanan itu. Sudahlah tawar ! Buah anggur yang di bawa oleh Alexander tadi di ambil lalu di suapkan ke dalam mulut.

"Ye sayang, Abang dah tahu dulu dah" Danish menuang air mineral lalu dihulurkan kepada isterinya. Matanya terhenti kepada lengan Hauraina yang berkesan garis-garis. Rahangnya diketap.

"Sakit ?" Soal Danish sambil memegang lengan isterinya.

Hauraina melihat lengannya yang merah akibat di libas oleh Salmah.

"Dah tak sakit bila dengan abang" Hauraina tersengih lalu melentokkan kepalanya di dada bidang Danish apabila suaminya duduk di sebelahnya.

Danish ketawa melihat perangai comel isterinya itu. Dahi Hauraina di kucup lembut.

"Abang, Xian macam mana? Tadi Arrien tak nampak pun dia. Ada Xiong je" soal Hauraina, mulutnya masih mengunyah buah anggur.

"Xian koma sebab kena langgar masa Arrien kena culik tu. Keadaan dia dah stabil, cuma tunggu dia sedar je. Kita doa yang baik-baik ya?" Danish tersenyum nipis apabila memandang isterinya. Hauraina terdiam lalu memandang suaminya.

"Nanti lepas Arrien dah boleh keluar dari hospital, Arrien nak pergi tengok Xian boleh?" Hauraina mencucuk-cucuk lengan suaminya.

"Boleh sayang, tapi sekarang Abang nak Arrien makan ubat dulu okay? Biar cepat sihat" pucuk hidung Hauraina di cubit sehingga merah padam.

"Ish Abang ! Sakitlah hidup Arrien" mulut di muncungkan.

Danish ketawa, mulut muncung itu terus di cium lembut.

"I'm sorry okay, my little lady? Dah cepat makan ubat lepastu rehatkan badan okay?" Danish memberikan isterinya tiga biji ubat pill lalu mengisi air mineral ke dalam cawan yang sudah kosong.

Ubat di telan dengan paksa, Hauraina menyandarkan badannya di kepala katil, tangannya yang ada IV drip mengusap perut yang sudah pun kosong.

"Maafkan mama, maafkan mama sebab tak berjaya selamatkan kamu" Hauraina mengeluh perlahan lalu matanya bertakung dengan air mata.

"Mama lemah, maafkan mama sayang. Sayang tunggu mama di syurga okay?" Air mata yang mengalir di pipi di seka lalu dia tersenyum nipis.

"Hei Arrien, Abang nak Arrien rehat. Tolong jangan ingat kisah pahit tu lagi" Danish memeluk isterinya.

"I hate to see your tears. I hate to see you sad. Please sayang?" Suara Danish menjadi serak.

"Arrien minta maaf" Hauraina menunduk.

Danish tersenyum lalu mencium ubun-ubun isterinya. Selimut di tarik untuk menutupi badan kecil itu.


.



Sekelilingnya di pandang, kosong. Kaki terus berjalan sehinggalah kakinya terhenti apabila ada satu cahaya di hadapannya. Dia melihat seorang wanita berjubah putih sedang tersenyum manis sambil memandangnya. Wajah wanita itu bersih dan bersinar.

"A-allien" Matanya tidak berkelip, air mata mula bertakung di tubir mata.

Wanita itu mendekatinya lalu memeluknya dengan erat.

"I miss you Alexander" bisik wanita bernama Hailiena Allien itu.

Alexander membalas pelukan itu, sudah lama dia tidak merasa pelukan hangat isterinya.

"I miss you too dear" esakannya pecah didalam pelukan isterinya itu.

"Dear, Abang minta maaf. Abang mungkir janji kita. Maafkan Abang dear" Alexander memandang isterinya.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now