Bab 34

1.9K 118 9
                                    

"Tapi, macam mana kau boleh masuk kumpulan tu?" Soal Xiong, bingung. Takkanlah Fuoco Spinato tidak perasan yang mereka ada ahli baru?

Thomas tersenyum sinis lalu dia membetulkan rambutnya yang sedikit serabut.

"Kumpulan tu kan bodoh ! Mereka tak pernah periksa anak-anak buah mereka cukup atau tidak" ujar Thomas dengan selamba.

Xian dan Xiong menganggukkan kepala. Mereka melihat live location yang bergerak dari tadi, dan tiba-tiba wajah Xiong berubah jadi bengis.

"Danish mereka -" baru sahaja Xiong mahu habiskan kata-katanya, bunyi penggera rumah Danish berbunyi melalui laptop Xiong. Itu menandakan ada orang memasuki rumah mereka.

Danish melihat live location itu, macam mana dia boleh tidak perasan yang mereka sedang menuju ke rumahnya.

Coat di atas kerusi di ambil lalu dia berlari ke luar. Danish mengarahkan Xiong memberitahu kesemua anak buah Rosa Nera dan juga Alexander. Hatinya mula risau dengan keselamatan sang isteri dan juga Maksom.

Xiong menghack CCTV rumah Danish. Dia melihat ada tiga orang lelaki sedang berusaha memanjat tembok yang tinggi dh besar itu lalu ada anak buah Rosa Nera mendekati mereka bersama pistol di tangan.

Tangan Xiong laju menaip papan kekunci di komputer ribanya, dia cuba menghack kesemua CCTV di rumah itu. Nampaknya Alexander sudah pun tiba, lelaki itu membawa Hauraina dan Maksom ke suatu bilik di sebalik dinding rumah itu. Keluhan lega di lepaskan apabila Hauraina dan Maksom selamat.

Xiong dan Xian berlari ke kereta, mereka tidak boleh membiarkan Danish seorang diri menentang Fuoco Spinato.  Thomas pula menuju ke markas, ada kerja penting yang perlu di buat sebelum dia pulang ke sarang Fuoco Spinato.

Keadaan rumah Danish bising dengan bunyi tembakan dan penggera. Lelaki yang memakai topeng muka itu menjerit kesakitan apabila perutnya mengeluarkan darah dengan sungguh banyak.

"Don't you fucking dare touch my daughter !!"

BANG ! BANG!

Alexander melepaskan dua tembakan di dada lelaki itu.

"Alex !" Danish yang baru sahaja sampai berlari mendekati Alexander, nafasnya tersekat-sekat kerana kepenatan.

"Where's my wife?" Soal Danish.

"Don't worry, she's fine" Alexander mengerlingkan matanya ke arah dinding.

Danish melepaskan nafas lega. Dia melihat lelaki yang sudah terbaring lemah di lantai.

"Dia seorang je ke?" Soal Danish, kakinya menendang mayat di lantai rumahnya itu.

Alexander melihat Danish menekan satu butang lalu bunyi penggera yang memekak tadi sudah pun tidak kedengaran.

"Yang lain anak buah kau dah tembak, mereka cuba masuk ikut pagar tu" ujar Alexander. Danish tersenyum puas, bagus anak buahnya buat kerja.

Dua kereta memasuki perkarangan rumah Danish. Mereka bergegas masuk ke dalam rumah itu.

"Semuanya okay?" Soal Tengku Asyraf.

"Okay, Shirei cuma hantar tiga orang mangkuk ni je" Danish berdiri di atas mayat lelaki yang di tembak oleh Alexander tadi.

Semua yang di situ melepaskan nafas lega, mereka mengikuti Danish ke dinding di tepi tangga. Pasu bunga di alih lalu dia menekan butang berwarna emas.

"Abang !!" Hauraina berlari ke arah suaminya. Dia melepaskan tangisan di dalam pelukan Danish.

"Abang, Arrien takut" Dia mengangkat kepala. Matanya dan si suami bersambung. Danish membalas pelukan isterinya.

"Shh it's okay, sayang. I'm here for you. Everything is fine, now" Danish memberi isterinya senyuman ikhlas, dia menyeka air mata isterinya. Pucuk hidung Hauraina di cubit lembut.

DANISH HAIZIQ |✓Où les histoires vivent. Découvrez maintenant