Bab 24

2.3K 160 4
                                    

Hauraina melihat dirinya di hadapan cermin. Dia memusingkan badannya, melihat kulit putihnya di hadapan cermin besar itu. Senyuman pahit  terukir di bibirnya.

"Malunya" Hauraina mengeluh.

Tok! Tok! Tok!

"Oi budak kau amik wudhu ke mandi wajib" Danish mengetuk-ngetuk pintu bilik air itu.

"Sekejap!" Hauraina memakai bathrobe lalu keluar daripada bilik air. Dia melihat Danish sedang berdiri tegak, di bahu lelaki itu ada tuala berwarna putih.

"Maaf Abang" Hauraina tersengih kambing.

Danish tersenyum nakal melihat isterinya yang seksi memakai bathrobe.  Satu idea nakal muncul di mindanya.

"Jom mandi sama-sama" Badan kecil Hauraina di tolak masuk ke dalam bilik air lalu dia mengunci pintu.

"Abang!" Hauraina menjerit apabila dia tolak begitu sahaja oleh suaminya. Danish sudah pun menyekatnya di dinding. Wajah Hauraina terus berubah merah.

"Kenapa? Hm?" Danish tersenyum sinis apabila melihat wajah isterinya yang sudah berubah merah.

Hauraina menelan liur. Jaraknya dengan Danish sangatlah rapat. Mata mereka bersabung.

"Abang, saya ada wudhu ni" tersekat-sekat suaranya.

Danish tersenyum sinis lalu menjauhkan jarak mereka.

"Keluar sebelum aku batalkan air wudhu kau" suaranya seperti menggoda.

Hauraina terus membuka pintu lalu berlari keluar daripada bilik air. Danish ketawa melihat muka isterinya yang pucat. Hm tu baru usik sikit !

Usai solat, Hauraina dan Danish bersalaman. Dia mendekati suaminyam Danish mencium dahi Hauraina. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Abang, dua kembar tu dengan Thomas tidur mana?" Soal Hauraina kepada suaminya.

"Aku dah belikan dia orang rumah" ujar Danish. Dia membeli rumah itu kerana dia mahukan privasi. Waktu dia perlukan bantuan sahaja Xian dan Xiong perlu datang ke rumah agamnya itu.

Hauraina menganggukkan kepalanya. Telekung di buka lalu di sangkut. Semasa Hauraina membuka telekungnya, Danish perasan ada sesuatu di badan wanita itu. Dia nampak melalui lengan kerana jubah mandi yang di pakai isterinya itu agak besar.

"Arrien, sini kejap" seru Danish yang sudah duduk di birai katil.

Hauraina menelan liur,  dia ada buat salah ke? Apa yang suaminya mahukan?

"Jangan risau, aku tak sentuh kau malam ni" usik Danish dengan senyuman nakalnya.

Hauraina mendekati Danish lalu tangannya di tarik dan duduk di sebelah lelaki itu.

"Izinkan aku" ujar Danish.

"H-ha?" Suara sudah gagap.

"Aku nak tengok badan kau"

Hauraina menggelengkan kepalanya. Dia menahan bajunya. Danish di sebelah di pandang.

"S-saya malu"

Danish tersenyum nipis, dia tahu kenapa gadis itu malu. Pipi Hauraina di usap sayang.

"Hei, look at me" dagu gadis itu di cubit lalu mengangkat muka Hauraina supaya memandangnya.

"I'm your husband and you're my wife, Arrien. Don't be shy with me"

Hauraina terdiam. Mata mereka bersabung sementara. Tiba-tiba dia terasa bibirnya di tindih sesuatu yang lembut. Pinggangnya di peluk kemas.

"Izinkan aku" Danish berkata sebelum membuka tali jubah mandi Hauraina. Perlahan-lahan baju itu terlorot ke bawah.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now