Bab 21

2.4K 180 9
                                    

  "Kau jemput dia?" Tengku Asyraf memandang Danish yang sedang menaip sesuatu di telefonnya.

Danish meletakkan telefonnya, dia memandang Tengku Asyraf dengan wajah yang dingin.

"Hauraina anak dia, tak salah aku jemput dia" ujar Danish tenang.

"Tapi aku tetap benci dia" sambung Danish.

Tengku Asyraf tersenyum sinis. Nampaknya lelaki ini masih dengan egonya. Percaya dengan benda yang tidak betul.

"Kau dah set tarikh nikah?" Soal Tengku Asyraf.

"Hujung minggu ni" Danish mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja. Dia memandang Xian dan Xiong yang leka bermain catur.

"Tak sabar dah ke?" Usik Alisa.

Danish dan Tengku Asyraf memandang Alisa. Senyuman sinis terukir di bibir Danish. Tengku Asyraf mencubit pipi isterinya dengan lembut.

"Of course" Danish menyilangkan tangan dan menutup matanya.

Alisa ketawa. Tengku Asyraf pula menggelengkan kepala.

"Nakal ya? Jangan sampai lepas habis pantang nanti tengok-tengok dah dua line" Tengku Asyraf tersenyum sinis. Pinggang si isteri di rangkul.

"Ish Abang ni! Memang taknak bagi Lisa rehat" Alisa memeluk tubuh lalu duduk di atas sofa. Melihat Xian dan Xiong bermain catur. Tengku Asyraf ketawa melihat muncung isterinya yang sudah seperti itik.

Danish berjalan menuju ke tingkap kaca yang luas. Dia melihat bandar Kuala Lumpur dari tingkat bangunannya. Otaknya ligat berfikir tentang Alexander dan Hauraina.

"Haura dah tahu kerja kedua kau?" Soal Xiong. Seperti biasa, tiba-tiba sahaja muncul sedangkan tadi dia sedang sibuk berlawan catur dengan Xian.

"Belum masanya lagi"

Xiong menganggukkan kepalanya. Dia juga turut memandang bandar Kuala Lumpur yang sesak.

"Aku rasa tak sedap hati lah Nish" Xiong memandang Danish.

"Kenapa?"

"Haurakan dah pernah tengok gambar tu, macam mana kalau dia tertanya-tanya siapa lelaki tu?" Ujar Xiong, dia memandang Danish yang jelas membeku.

Danish hanya diam, betul juga apa kata Xiong itu. Dia harap Hauraina tidak akan bertanya dan dia harap Hauraina lupa tentang gambar itu.

Danish cuba melupakan tentang semua itu. Dia hanya mahu fikirkan masa depannya bersama Hauraina Arrien. Tetapi masa silam dan teka-teki yang masih belum mendapat jawapan, membuatkan dia tidak tenang.

"Kau akan dapat jawapannya Danish, sekarang kau hanya perlu siapkan diri. Tak lama lagi kau akan berkeluarga" Tengku Asyraf menepuk bahu lelaki itu.

Danish tersenyum kecil. Dia menganggukkan kepalanya lalu pergi ke meja kerja. Nombor telefon seseorang di cari.

"Assalamualaikum hello?"

Sungguh lembut suara itu. Membuatkan hati yang tadinya beku kini menjadi cair. Membuatkan api yang membara perlahan-lahan terpadam.

"Jap lagi aku nak amik kau, bersiap sebelum aku sendiri yang siapkan kau" ujar Danish. Matanya memandang Tengku Asyraf dan Alisa yang sedang bergurau senda.

Heh tunggulah dia dah khawin nanti! Memang dia bersawit je dengan Hauraina!

Tapi... dia sweet ke?

Danish ketawa lalu dia menggelengkan kepalanya. Dia sweet ke? Hm tengok lah nanti macam mana..

"Kau apahal? Baru dengar bidadari bagi salam dah jadi gila ke?" Xian memandang Danish yang tiba-tiba sahaja ketawa.

Terus wajahnya beku. Tangan kanannya di bawa ke belakang seluarnya lalu mengeluarkan sepucuk pistol. Pistol berwarna emas itu dihalakan kepada Xian.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now