Bab 49

1.9K 115 15
                                    

  Beberapa tahun kemudian...

Hauraina bercekak pinggang sambil melihat anak lelakinya dan suaminya yang sedang berlawan di halaman rumah. Danish sedang berlatih bersama Hazzriel.

"Abang, jangan kasar sangat dengan anak tu!!" Hauraina mula risau apabila anaknya terbaring selepas kakinya disadung oleh Danish.

"Don't worry mama! I'm man" Hazzriel tersenyum sinis lalu dia melawan papanya semula.

Danish ketawa apabila anak lelakinya yang berumur dua belas tahun itu cuba mengalahkannya. Walaupun umur Danish sudah tua tetapi skillnya masih seperti Danish Haiziq yang muda.

Hazzriel tersenyum kemenangan apabila papanya mengaku kalah.

"Enough for today son" Kepala si anak di gosok.

Danish mendekati isterinya yang sedang duduk sambil melayan Daniela Aireen, anak perempuan mereka.

"I love you mama" Hazzriel mengucup kedua belah pipi mamanya dengan lembut.

"I love you too" Hauraina tersenyum manis. Perangai Hazzriel sama dengan Danish. Mereka berdua dingin tetapi apabila bersama ahli keluarga, mereka berubah menjadi seorang yang ceria dan suka bergurau.

"Daniela!" Hazzriel mengambil adik perempuannya yang berada di riba mamanya lalu membawanya masuk ke dalam. Terpinga-pinga  gadis itu apabila abangnya tiba-tiba sahaja mendukungnya.

"Go spend time together, mama papa! Let me take care of my sister!" Jerit Hazzriel yang berada di dalam rumah.

Hauraina dan Danish ketawa, mereka berdua berpandangan lalu tersenyum.

"Hello anak papa, cepatlah keluar. Papa rindu" Danish mengusap perut isterinya yang sudah masuk sembilan bulan.

Hauraina mencubit tangan suaminya dengan lembut. Senang betul dia suruh anaknya itu keluar dari rahimnya. Ingat hotel ke apa?!

"Auch! Baby, tengok mama ni. Sakitkan papa" mulut di muncungkan lalu mereka berdua ketawa.

Danish menghalakan tangannya kepada Hauraina, menolong wanita itu berdiri. Mereka berdua jalan bersama-sama di halaman rumah yang luas itu. Sampai di air pancut, mereka duduk di bangku yang tersedia di situ.

"Tanpa kita sedar, sudah tiga belas tahun kita bersamakan sayang?" Danish tersenyum.

"Abang aje tak sedar, saya sedar.. auch!! Abang" Hauraina memuncungkan bibirnya apabila pipi gebunya di cubit oleh sang suami.

Lelaki itu tersenyum sinis, dia terus mencubit-cubit pipi tembam isterinya.

"Abang cubit lagi, Arrien beranak dekat sini!!" Marah Hauraina.

Meledak tawa Danish apabila melihat muka masak isterinya. Tahu sangat kelemahan wanita itu di pipi. Baru cubit sedikit sudah merah dan meninggalkan kesan.

Hauraina tersenyum, dia melentokkan kepalanya di bahu si suami dengan manja.

"Arrien dan gemok" ujarnya, tangannya mencubit lemak di perut. Tidaklah gemuk mana, cuma bila mengandung seleranya makin menjadi-jadi pula!!

"Nanti lepas bersalin dan habis pantang, kita bersenam sama-sama" bilang Danish.

Mereka berdiam diri sambil melayan suasana petang. Angin yang sejuk menyapa kulit, bunyi air pancut dan juga suara anak mereka bermain di halaman rumah.

"Mama!!"  Daniela berlari terkedek-kedek lalu memeluk kaki Hauraina. Pipinya basah dengan air mata.

"Hey dear, why?" Danish mendukung anaknya lalu meletakkan si kecil di atas riba.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now