Bab 12

2.4K 99 5
                                    

Hauraina memandang Danish yang tekun membuat kerja. Hari ini dia terpaksa mengikuti Danish ke pejabat kerana Maksom tiada di rumah.

"Awak" Hauraina mendekati Danish.

"Hm" Danish masih menaip di komputernya.

"Saya nak balik, bosan lah" Hauraina merungut.

Danish berhenti menaip lalu dia menghirup air kopinya. Wajah polos Hauraina di pandang.

"Duduk sini dulu. Kejap lagi kita pergi lunch" ujar Danish. Dia tidak mahu biarkan Hauraina seorang diri di rumah kerana anak buahnya tiada, yang ada hanya pengawal sahaja. Walaupun sistem kawalan di rumah itu ketat, dia tetap risau dengan keselamatan gadis itu.

"Xian dengan Xiong tak datang ke? Saya bosan" Hauraina memandang Danish.

"Xiong kat office dia. Xian tak kerja dengan aku, dia kerja dengan Tengku Asyraf" ujar Danish. Tangannya laju bergerak di atas papan kekunci. Hauraina tersenyum. Baru sahaja dia ingin melangkah, Danish tiba-tiba bersuara.

"Jangan menggatal nak keluar daripada sini. Duduk dekat sofa tu diam-diam" ujar Danish dengan dingin. Matanya menikam anak mata Hauraina.

Hauraina mengeluh. Dia terus sahaja pergi ke sofa yang ada di dalam pejabat milik Danish itu. Beberapa minit kemudian matanya mula memberat. Hauraina baring lalu dia terlelap di situ.

Danish berhenti menaip. Dia bangun lalu mendekati gadis itu. Wajah putih gadis itu di pandang. Danish teringat perbualannya dengan Thomas.

"Mereka mahukan cip tu" ujar Thomas dengan tenang. Air oren di amik.

"Dah lima tahun mereka senyap, kenapa sekarang mereka muncul balik?" Soal Xiong.

"Aku pun tak tahu. Nasib Ray ada budak-budak dekat kumpulan tu" ujar Thomas lagi.

Danish merenung anak mata biru milik Thomas.

"Aku rasa mereka punca kemalangan aku dan Darwin dulu" ujar Danish. Matanya di tutup. Terngiang-ngiang lagi suara abangnya menjerit kesakitan akibat terbakar di dalam kereta itu.

Thomas dan Xiong hanya diam. Mereka memandang Danish yang sedang menaip di handphone miliknya.

"Apa-apa kita tunggu KuAsy. Fazz cakap dia ada maklumat untuk kita. Esok dia akan datang" ujar Xiong.

"Baik" Danish mengangguk.

Setelah habis berbincang. Xiong masuk ke biliknya. Danish bangun lalu dia pergi ke lift untuk naik ke tingkat tiga.

"Danish" panggil Thomas. Danish berpaling ke belakang, kening di jongketkan sebelah.

"Take care of Hauraina. Mereka mesti akan  tahu tentang dia dan mereka pasti akan apa-apakan dia" ujar Thomas lalu dia meninggalkan Danish seorang di depan pintu lift.

Danish tersenyum nipis lalu dia mengusap kepala gadis itu dengan lembut.

"I will take care of you, Arrien. You're mine" Danish tersenyum. Matanya menilik muka gadis itu. Perfect!

"Emm papa" Hauraina bercakap di dalam tidur.

"Papa where are you. Help me" tiba-tiba gadis itu teresak. Suaranya hanya perlahan tetapi Danish masih boleh dengar.

Danish merenung gadis itu. Apabila esakan Hauraina semakin kuat, Danish terus menggoncang bahu Hauraina dengan perlahan.

"Hey.. wake up"

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now