Bab 16

2.3K 89 4
                                    

"Danish" Tengku Asyraf memanggil lelaki Itu. Danish hanya diam sambil merenung komputer riba di hadapannya. Maklumat tentang Hauraina.

Name: Hauraina Arrien Alexander.
Age: 22 years old
Lives in: Kuala Lumpur.
Status: single
Religion: Islam

"Dia anak Alexander" Xiong memandang muka Danish yang dingin.

Bermacam lagi maklumat yang keluar. Hauraina ialah anak Alexander. Jadi maksudnya maklumat yang Xiong dapat sebelum ini ialah palsu!

"Macam mana kau boleh dapat maklumat ni?" Soal Danish.

"Dari dua minggu lepas aku cuba cari maklumat tentang ni. Aku jumpa gambar ni  dan lepastu aku cari maklumat yang betul tentang Hauraina" Xiong menunjukkan satu gambar. Gambar di mana Alexander sedang mendukung seorang gadis kecil. Mukanya memang muka Hauraina! Memang tiada perubahan.

Danish jelas kelihatan tegang. Dia tidak sangka gadis yang dia cintai ialah anak musuhnya.

"I want to meet Alexander" ujar Danish.

"Alexander is now in New York" ujar Xiong.

Danish menganggukkan kepalanya. Maklumat tentang Hauraina tadi di hantar kedalam handphonenya.

"Ini bermaksud anak Alexander tidak mati. Tapi kenapa Hauraina duduk bersama orang lain?" Soal Xian.

"Jawapannya hanya ada pada Alexander" ujar Xiong.

Danish bangun lalu mengambil kunci keretanya. Dia mahu pulang untuk mengemas barang. Dia mahu pergi ke New York secepat mungkin!

"Xian and Thomas kau jaga Hauraina waktu aku dekat New York. Xiong kau kena ikut aku" arah Danish. Dia tidak boleh membawa Tengku Asyraf kerana Alisa sedang mengandung. Keselamatan Alisa penting.

Mereka semua mengangguk. Danish terus memandu pulang ke rumah.

Dia tidak percaya dengan apa yang baru dia tahu. Ini semua masih awal untuk dia tahu semuanya!

Hauraina ialah anak musuhnya. Musuh yang dia pernah sayangi seperti ayah sendiri!

.

Hauraina hairan kenapa Danish seperti mahu menjauhkan diri darinya. Perlahan-lahan dia mengetuk pintu bilik Danish. Pintu bilik itu terbuka lalu orang di dalam bilik itu merenung Hauraina.

"What do you want?" Danish keluar dengan membawa luggage.

"Awak nak pergi mana?"

Danish merenung Hauraina. Kalau lihat dari wajah gadis itu. Hauraina tiada ikut rupa Alexander. Mungkin dia ikut rupa isteri Alexander.

"Aku ada kerja dekat New York" ujarnya dingin. Dia meninggalkan Hauraina di depan biliknya.

"Berapa lama?"

"Lama" Danish berhenti jalan lalu berpusing untuk memandang muka gadis itu.

Hauraina diam. Kenapa Danish bersikap aneh? Dia ada buat salah ke?

"Awak marah saya?" Soal Hauraina.

Danish tersenyum sinis lalu dia mendekatkan jaraknya dengan Hauraina.

"Aku tiada masa nak layan kau" Danish terus meninggalkan Hauraina. Xiong yang memerhati yang hanya menggelengkan kepalanya. Dia tahu tahap kebencian Danish terhadap Alexander macam mana tetapi Hauraina tidak bersalah dan gadis itu tidak tahu apa-apa.

Hauraina hanya tersenyum nipis. Dia melihat Danish yang sudah masuk ke dalam perut kereta.  Xiong menghampiri Hauraina.

"Awak jangan risau. Xian dan Thomas akan jaga awak dan jangan amik hati tentang Danish. Dia dalam tekanan sekarang" Xiong tersenyum lalu dia menggosok kepala gadis itu. Dia dan Hauraina sungguh rapat seperti adik beradik.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now