Bab 10

2.6K 97 21
                                    

Danish memandu dengan tenang. Suasana di bandar Kuala Lumpur itu tidak terlalu sesak seperti waktu pagi. Lampu-lampu yang banyak menerangi jalan. Bangunan-bangunan yang gah dan bermacam jenis kaum berjalan di situ.

Tidak berkelip mata gadis itu melihat segala jenis benda yang ada di situ. Dia kelihatan teruja apabila melihat KLCC.

"Ni ke KLCC? Wah!!" Hauraina tersenyum lebar.

"Saya selalu tengok dari jauh je" Hauraina berkata lagi. Selalunya dia dapat melihat KLCC daripada tingkap bilik di rumah makciknya. Itu pun hanya nampak atas sahaja.

Danish memandang Hauraina lalu dia tersenyum nipis. Begitu naif gadis bernama Hauraina Arrien ini.

"Awak jom kita tangkap gambar dekat bangunan KLCC tu" Hauraina memandang Danish. Wajahnya seperti seorang kanak-kanak meminta gula-gula. Sungguh comel!.

Danish mengangguk lalu dia mencari parking. Usai meletakkan kereta di tempat yang disediakan. Danish dan Hauraina keluar daripada kereta lalu mereka berjalan kawasan bangunan KLCC.

"Awak jom tangkap gambar sama-sama" Hauraina tersengih.

Danish hanya diam, dia menarik seorang lelaki asing yang sedang memandang mereka.

"Can you please take a picture?" Danish menikam anak mata lelaki asing itu.

"O-okay sir" lelaki Itu mengambil iphone milik Danish lalu menangkap gambar mereka berdua.

"Smile sir" ujar lelaki itu. Danish hanya diam dan membuat muka bekunya.

"Awak.. senyum lah. Untuk satu gambar je" Hauraina memandang Danish.

"Fine" Danish senyum lebar. Lutut Hauraina rasa seperti mahu tercabut. Ya Allah sungguh manis senyumanmu!!!

Usai menangkap dan berjalan di situ. Danish membawa Hauraina berjalan-jalan di bandar Kuala Lumpur.

"Kenapa tiba-tiba ajak saya jalan-jalan ni?" Soal Hauraina.

Danish hanya diam. Mukanya tidak beremosi. Sungguh dingin dan mempunyai aura, dia membawa Hauraina pergi ke Pavilion.

"Jom beli baju, aku tau kau tak banyak baju" ujar Danish lalu dia menarik tangan gadis itu.

Semasa mereka berdua berjalan di dalam pavilion. Ramai gadis memandang Danish lalu mereka tersenyum-senyum dan menggedik-gedik. Hauraina terus sahaja mendekatkan jaraknya dengan Danish. Danish tersenyum sinis.

"Jealous? Hm?" Dia memandang Hauraina lalu memeluk bahu gadis itu.

Hauraina hanya diam lalu mereka pergi mencari barang yang mereka mahu. Usai membeli baju dan beberapa barang keperluan. Danish duduk di bangku sambil menunggu Hauraina yang sedang berada di dalam tandas.

"Sorry lambat" Hauraina tersenyum lalu mendekati Danish.

Danish bangun lalu dia dan Hauraina keluar daripada pavilion.

"Mucho tiempo sin verlo, Danish Haiziq" (long time no see). seseorang bersuara. Dia menyandar di kereta Audi hitam.

"Thomas" suara Danish kedengaran sinis.

Lelaki yang bernama Thomas Itu tersenyum manis kepada Hauraina. Dia memandang Danish lalu membuat muka mengejek.

"Hai già una ragazza, huh?" (You already have a girlfriend, huh?). Dia berkata sinis.

Hauraina hanya diam. Tidak faham dengan apa yang di katakan oleh lelaki itu.

Danish hanya diam tetapi matanya menikam anak mata lelaki di hadapannya.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now