Bab 18

2.2K 93 6
                                    

Ketika matahari mula mengintai di kaki langit, Danish bangun perlahan-lahan, fikirannya di penuhi dengan persoalan dan seseorang yang sudah berjaya membuatnya jatuh cinta. Kaki melangkah ke pintu gelangsar lalu dia melihat permandangan bandar dari tingkat 25. Bandar London yang sesak dengan orang ramai. Sudah seminggu dia berada di negara itu hanya sebab mahu mencari jawapan. Danish termenung memikirkan kisah silamnya yang pahit.

"Bila kau nak balik ke Malaysia?" Soal Xiong yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelahnya.

"Aku tak tahu" ujar Danish dengan suara yang dingin.

"Kau sudah pun dapat jawapan daripada teka teki ni. Apa lagi yang kau nak?" Xiong memandang lelaki itu.

Danish mengeluh. Dia membalas renungan lelaki cina itu.

"Persoalannya sekarang ni. Darwin" Danish tersenyum nipis. Suaranya cukup lemah apabila menyebut sebaris nama itu.

Xiong menganggukkan kepalanya tanda faham. Danish masih belum mendapat tahu apa punca mereka kemalangan. Kemalangan yang menyebabkan abangnya mati.

"Darwin pun taknak tengok kau macam ni Nish. Dia nak tengok kau gembira" ujar Xiong.

Danish menghela nafasnya perlahan. Dia menggenggam erat palang besi di  balkoni itu.

"Susah untuk aku lupakan kenangan pahit tu, Xiong" Danish menunduk. Xiong dan Tengku Asyraf sahaja orang yang selalu melihat sisi lemah Danish. Di sebalik wajah dingin itu, ada sesuatu yang dia sembunyikan.

Danish sentiasa menyalahkan dirinya kerana dia cuai. Dia tidak perasan ada kereta mengikuti mereka. Dia tidak dapat selamatkan Darwin. Kereta itu meletup betul-betul di depan matanya.

Xiong terus memeluk bahu kawan karibnya itu dengan erat. Belakang bahu kawannya di tepuk.

"Don't worry bro. Suatu hari nanti semuanya akan terbongkar, aku pasti. Sekarang jom lah kita balik ke Malaysia. Mesti kau rindu budak tu kan?Tak penat ke cium gambar Hauraina setiap malam?" Perli Xiong.

Mata Danish membulat apabila mendengar  ayat selamba lelaki itu. Dia terus mencekik leher Xiong.

"Kau stalk aku ke sial?"

"Katil kau sebelah katil aku je" Xiong tersenyum sinis.

Danish memutarkan bebola matanya. Dia melangkah masuk ke dalam. Mahu mengemas barang untuk pulang ke Malaysia.

.

Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu bilik yang sudah lama tidak berpenghuni. Bilik yang dulunya cantik kini berselerak.

Dengan berat hati, Kakinya melangkah masuk kedalam bilik itu. Anak patung beruang berwarna putih yang masih cantik di ambil. Sudah berhabuk sedikit. Senyuman mula terukir apabila dia melihat hiasan bunga daisy di dinding bilik itu.

"I'm sorry dear" dia mengeluh perlahan lalu menarik satu katil bayi. Senyuman nipis terukir. Memori yang lama mula kembali di depan matanya.

Dia baring di atas riba si suami yang tercinta. Tangan melihat sekeping gambar bayinya yang baru di scan tadi.

"You look so happy, dear" Tangan beruratnya mengusap rambut si isteri dengan penuh kasih.

"Of course lah Abang! Anak kita sihat" dia tersengih. Matanya dan si suami bertemu.

"Nak bagi nama apa eh?" Soalnya kepada suaminya.

Alexander merenung anak mata isterinya. Cuba memikirkan nama yang cantik untuk di beri kepada bakal anaknya itu.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now