Bab 17

2.3K 92 7
                                    

Kaki laju melangkah di dalam hujan yang lebat. Di manakah dia? Tempat apakah ini? Suasana sunyi dan tiada orang. Seperti dia seorang sahaja di situ.

Kaki terus melangkah tanpa hala tuju. Dia menunduk apabila terasa langkahnya perlahan dan mula memberat. Ternyata ada tangan memegang kakinya. Dia memusingkan badannya lalu melihat seorang lelaki dan perempuan sedang merenungnya. Wajah mereka tidak jelas. Tangan yang melingkar di kakinya tadi sudah pun tiada.

"kau orang siapa?" Soalnya lalu mendekati mereka. Tetapi satu langkahnya ke hadapan,  mereka berdua semakin pudar.

"Jangan pergi! Siapa kau!?" Dia mula berlari ke arah orang itu.

"Kau akan tahu jawapannya tapi bukan sekarang. Ini seperti permainan teka-teki dan kau perlu mencari jawapannya sendiri" bisik seseorang di telinganya. Dia terus berpusing ke kanan tetapi tiada orang.

Dia berpusing dan berlari di dalam hujan yang mula turun lebat sekali lagi.

"Haura!"

Hauraina terus tersedar. Dia memeluk orang yang berada di hadapannya itu. Badan yang di peluknya itu terus sahaja mengeras.

"Haura? Awak okay tak?"

Hauraina terus mengangkat wajahnya lalu dia melihat orang dia dipeluknya tadi. Wajah lelaki itu jelas terkejut dan risau.

"Menyesal aku tak kejut dia" ujar Xian sambil melihat Thomas yang di peluk oleh Hauraina.

Hauraina meminta maaf lalu dia duduk bersila di atas sofa. Dia termenung memikirkan mimpinya tadi.

"Haura? Awak okay tak ni?" Soal Alisa. Dia risau apabila melihat gadis itu meronta-ronta di dalam tidurnya.

"Okay" Hauraina tersengih lalu dia meraup mukanya.

Xian memandang Thomas yang menghampirinya.

"Anjay kena peluk!" Xian menolak-nolak bahu lelaki itu.

"Shit lah kau" Thomas menjeling Xian.

Alisa dan Tengku Asyraf memandang Hauraina yang termenung. Mereka berdua berpandangan sebelum mengangguk.

"Haura mimpi apa?" Soal Tengku Asyraf dan Alisa serentak.

"Saya..saya tak tau"

Keadaan menjadi sunyi. Mereka semua pandang Hauraina yang sedang merenung tangan sendiri.

"Cuba tidur balik, mana tau mimpi benda sama" Xian berkata sambil menyuapkan kerepek pisang ke dalam mulut.

"Diam!" Ujar Tengku Asyraf dan Alisa serentak.

"Kalau ada apa-apa cerita je tau" Alisa mengusap bahu Hauraina dengan perlahan.

Hauraina mengangguk lalu dia melentokkan kepalanya di bahu Alisa. Alisa sudah seperti kakak kandungnya. Dan keadaan kembali sunyi.

.

Danish melihat bangunan yang gah di hadapannya. Dia dan Xiong melangkah masuk.

"Excuse me" Xiong menepuk meja.

"Yes sir?" Gadis yang berbaju pendek dan skirt itu memandang jejaka di hadapannya.

"I want to meet Alexander" ujar Danish dengan dingin.

Gadis itu mengangguk lalu dia menyuruh Danish dan Xiong mengikutinya ke tingkat 50. Sampai sahaja di tingkat paling atas, mereka berdua terus menerjah masuk ke dalam pejabat yang bertulis CEO.

Mereka melihat seorang lelaki yang umurnya dalam lingkungan 50-an. Lelaki itu jelas terkejut melihat kehadiran orang di hadapannya.

"Alexander" Danish memandang lelaki itu dengan pandangan helangnya.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now