Bab 7

2.5K 103 5
                                    

"Bro" seorang lelaki mendekati Danish. Dia duduk di hadapan Danish lalu menyilangkan kakinya.

"Hm?" Danish memandang lelaki itu dengan dingin.

"Aku dah dapat maklumat baru tentang Hauraina. Aku dah tau kenapa dia larikan diri" ujar lelaki itu. Danish terus sahaja berhenti membuat kerjanya.

"Kenapa kau masih cari maklumat tentang dia , Xiong?" Soal Danish.

Xiong tersenyum sinis lalu dia mencampakkan handphonenya ke atas meja Danish.

"Dengar dulu" ujar Xiong.

Danish mendengar rakaman suara tersebut. Suara Hauraina dan Alisa yang sedang berbual. Muka Danish berubah bengis. Jadi betul lah suara gadis itu yang dia dengar dahulu.

"Nak cari makcik dia?" Soal Xiong.

"Biarkan dahulu" Danish mendengar semula rakaman itu.

Xiong hanya diam. Dia memandang Danish yang sedang menulis sesuatu. Danish menutup buku itu lalu meletakkannya di dalam laci.

"Cari maklumat tentang orang tua ni and You can go out now"

Xiong mengambil handphone miliknya lalu keluar daripada situ. Danish meneruskan tugasannya.

.

Hauraina tersenyum apabila melihat perangai anak kembar Alisa. Tengku Asy Luqman dan Tengku Asya Farhana dari tadi melekat dengannya.

"Kakak ni pretty lah" puji Tengku Asy Luqman.

"Nanti Luq dah besarkan. Luq nak khawin dengan kakak" Tengku Asy Luqman tersengih-sengih.

Alisa dan Tengku Asyraf menggelengkan kepala mereka.

"Mana boleh! Kakak Haura ni isteri uncle Danish lah" marah Tengku Asya Farhana.

Tengku Asy Luqman mencebikkan bibirnya lalu membuat muka sedih. Dia menyandarkan kepalanya di sofa lalu memeluk tubuh.

Hauraina ketawa kecil. Dia membetulkan rambut perang milik Tengku Asy Luqman.

"Assalamualaikum" satu suara garau membeli salam.

"Waalaikumsalam" jawap mereka yang berada di situ.

Danish dan Xiong melangkah masuk ke dalam rumah milik Tengku Asyraf. Danish mendekati Hauraina lalu kepala gadis itu yang ditutup dengan tudung di ketuk perlahan. Hauraina hanya diam. Tak tahulah apa masalah mamat ni!

"Kau dah makan?"

"Dah tadi" jawap Hauraina dengan senyuman nipis.

"Jom teman aku makan"

Hauraina akur. Dia bangun lalu pergi ke meja makan bersama Danish. Nasi dan lauk di ambil lalu di hidangkan.

Hauraina hanya memerhati Danish. Dia menongkatkan dagunya.

"Jangan pandang aku macam tu my little lady. Nanti aku berhenti makan nasi ni, aku makan kau pula" ujar Danish dengan sinis.

Hauraina terus mengalihkan pandangannya lalu dia berdehem. Air kosong di ambil lalu di teguk.

Xiong, Xian dan Tengku Asyraf tersenyum sinis.

"Weh! Kau bau tak nasi minyak?" Ujar Xian. Dia menjerit sedikit supaya Danish dan Hauraina dengar.

"Hmm bau lah! Rendang dengan ayam masak merah pun aku ada bau!" Ujar Xiong pulak.

"Tak sabar nak dapat anak buah baru!" Kali ini Tengku Asyraf pula yang menjerit.

Danish hanya membiarkan sahaja. Malas mahu layan perangai anak istimewa itu. Muka Hauraina sudah merah padam. Ya Allah! Kenapalah dengan dia orang ni ?

Usai makan, Danish dan Tengku Asyraf duduk di luar. Hauraina dan Alisa pula melayan karenah tiga orang budak kecil itu di dapur. Xian dan Xiong melayan Netflix.

DANISH HAIZIQ |✓On viuen les histories. Descobreix ara