Bab 33

2K 134 9
                                    

  Hauraina memakai hoodie, dia menuruni anak tangga untuk menuju ke dapur. Cermin yang berada di situ dia amik lalu Hauraina melihat lehernya. Penuh dengan kesan merah.

"Ish! Malunya!" Dia meletakkan semula cermin itu lalu pergi membancuh air untuk sarapan.

Danish menuruni tangga sambil membetulkan lengan bajunya, sudah bersiap untuk pergi ke kerja. Dia mendekati Hauraina lalu bersiul nakal.

"Why are you wearing my hoodie, sayang?" Pinggang si isteri di rangkul lalu melabuhkan satu ciuman di pipi isterinya. Bibir di dekatkan ke cuping telinga isterinya.

"Takut ternampak 'lovebite' malam tadi? Hm?" Danish tersenyum nakal, pinggang si isteri di usap perlahan.

Wajah Hauraina bertukar merah, teringat apa yang berlaku malam tadi. Dada bidang suaminya di pukul kuat.

"Abang ni!" Semakin merah wajahnya apabila melihat si suami menggigil bawah bibir sambil merenungnya.

Danish menolak Hauraina ke dinding, hoodie yang berada di atas kepala isterinya di tarik ke belakang lalu dia mencium leher isterinya dengan rakus.

"Abang ! Saya nak buat sarapan lah. Nanti mati kebulur Abang kat pejabat" Hauraina menolak suaminya. Baru sahaja Danish ingin mengusik isterinya, ada orang memberi salam di luar rumah.

"Assalamualaikum!!" Lelaki itu menggaru kepala. Ada orang ke tidak rumah ni?

Hauraina menutup kepalanya menggunakan hoodie semula lalu dia melihat orang di luar rumah itu. Senyuman lebar terukir di wajah manisnya.

"Daddy!!" Tubuh Alexander di peluk erat.

Alexander ketawa apabila dirinya di peluk dengan sungguh kuat oleh anak perempuannya itu.

"I miss you my lovely daughter" kepala anaknya di belai.

Mereka masuk ke dalam rumah semula, Hauraina melihat Maksom sedang menyiapkan sarapan. Terbir rasa bersalah kerana dia tidak menyiapkan sarapan pagi. Semua salah Danish !

"Maaflah Tuan, sarapan belum siap. Dua merpati tu sibuk berjaga malam tadi" perli Maksom lalu dia tersenyum memandang dua pasangan suami isteri itu.

Danish dan Hauraina berdehem, mereka terus sahaja melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Alexander memandang anaknya lalu tersenyum. Hoodie yang di pakai Hauraina terjatuh agak besar kerana itu ialah baju Danish. Alexander ternampak kesan merah di leher putih anaknya.

"Kenapa merah leher tu?"  Soal Alexander walaupun dia sudah tahu jawapannya. Sengaja mahu mengusik Hauraina.

"Jangan tanya" Hauraina menunduk sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Danish tersenyum sinis, peha isterinya di belai perlahan.

Usai sarapan, Hauraina menyalam tangan suaminya dan ayahnya.

"Jaga diri dekat rumah" ujar Alexander lalu melangkah ke luar, meninggalkan anaknya bersama menantunya.

Danish menarik Hauraina masuk kedalam pelukannya. Ubun-ubun isterinya di cium dengan lama.

"Aku sayang kau, Arrien" Danish mengusap rambut wanita kesayangannya itu.

"Saya pun sayangkan Abang" Hauraina menjingkitkan kakinya lalu dia mengucup bibir suaminya sekilas.

Danish tersenyum melihat gelagat comel isterinya. Pucuk hidung Hauraina dicuit manja.

"Aku pergi kerja dulu. Kalau kau nak keluar, Ajak Xian ataupun Xiong" ujar Danish.

"Okay" Hauraina menghantar pemergian suaminya melalui ekor mata.



DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now