𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒃

1.9K 116 20
                                    

   (Xiong)

Málaga, Spanish

Kaki melangkah masuk ke dalam sebuah restoran. Xiong mencari seseorang yang sudah lama  menunggunya di situ, orang yang di carinya akhirnya ada di sana. Muka kacaknya dingin, aura gelapnya sentiasa menemani dirinya. Tetapi apabila mata mereka bersatu, senyum kecil terukir di bibir lelaki itu.

Kerusi di hadapan lelaki itu di tarik, punggung di labuhkan. Suasana menjadi sunyi seketika sebelum lelaki itu memecahkan kesunyian.

"Ehem.. Mucho tiempo sin verlo" (Long time no see). Ujar lelaki itu, mereka berjabat tangan.

"Ada apa Uncle Shan panggil Harriez ni?" Soal Xiong, masih kekok Apabila dia menggunakan nama keduanya itu.

"Nothing, Uncle cuma rindu dengan kamu" ujar Lelaki bernama Shan itu. Lelaki kecukkan cina dan spanish. Sama seperti Xiong.

"Uncle cuma nak bagi tahu yang uncle dah memeluk Islam" Shan mengukir senyuman kecil tetapi sekejap sahaja senyuman itu hilang.

Xiong mengucap syukur. Gembira dengan apa yang dia baru sahaja dengar. Matanya melihat kedalam anak mata Shan, seperti ada sesuatu yang ingin di katakan olehnya tetapi dia seperti takut.

"Mana adik kamu? Haikal?" Soal Shan.

"Dia di Malaysia" Xiong tersenyum hambar.

"Kenapa dia tak ikut kamu?" Soal Shan lagi walaupun dia tahu apa sebabnya.

"You know the answer Uncle Shan" suasana di meja itu menjadi sunyi. Apa yang buat Shan pelik ialah, Xiong nampak tenang dan tidak berdendam dengan apa yang dia dan keluarganya sudah buat kepada keluarga anak sedaranya itu.

Sudah lama dia masuk Islam dan meminta Allah mengampunkan segala dosanya yang telah dia lakukan. Tetapi hatinya masih tidak tenang kerana dia tahu, dia perlu memohon maaf kepada orang yang telah dia sakiti dan dianiayai olehnya.

"Uncle nak minta maaf tetapi Uncle takut" Shan melepaskan satu keluhan.

"Jangan takut untuk meminta maaf tetapi takutlah jika tidak di maafkan" ujar Xiong dengan satu senyuman paling manis di bibirnya.

"Tetapi, bagaimana jika dia tetap tidak akan memaafkan walaupun kita sudah merayu dan melutut sehingga mencium kakinya?" Soalan itu membuatkan Xiong terdiam. Dia cuba memikirkan ayat yang sesuai sebagai jawapan soalan itu.

"Satu cara sahaja yang perlu kita lakukan, berdoa. Berdoalah kepada Allah supaya dia melembutkan hati orang yang telah kita aniaya itu sehingga dia dapat memberi kemaafan" jawapan itu berjaya membuatkan air mata Shan mengalir di pipinya. Teringat semua perkara zalim yang telah dia lakukan.

"Maafkan Uncle Harriez, Uncle zalim. Di sebabkan ketamakkan uncle, hidup kamu sekeluarga musnah. Uncle kejam" teresak-esak lelaki itu menangis, dia tidak kisah lagi dengan mata-mata yang sedang memandangnya. Yang dia inginkan sekarang ialah... sebuah kemaafan.

"Saya maafkan Uncle, tetapi tidak bermaksud saya lupa apa yang uncle sekeluarga telah lakukan kepada kami" Xiong tersenyum nipis. Dia mampu memaafkan tetapi dia tidak mampu melupakan kejadian itu.

Dan di saat itu, Shan menangis teresak-esak. Dia kelihatan lemah pada saat itu.

.

Keluar sahaja daripada balai perlepasan itu, Xiong tersenyum memandang mereka yang sudah menunggunya.

"Bro! Apa khabar?" Xiong berjabat tangan dengan Danish.

"Alhamdulillah sihat" Danish hanya tersenyum hambar.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now