Bab 8

2.4K 110 18
                                    

Hauraina membaca caption di gambarnya.

Tolong carikan budak ni. Namanya Hauraina Arrien. Dah dua bulan hilang. Dia ikut jantan. Siapa yang jumpa tolong bawa dia ke alamat di bawah ya.

Hauraina sudah mahu menangis. Dia terus sahaja membuka comment.

~Astagfirullah.. apa nak jadi dengan budak zaman sekarang ni?

~Cantik tapi murah

~Entah-entah dah mengandung!

Begitu hancur hatinya saat ini. Sampai begitu sekali makciknya buat cerita tentangnya?

"Haura.. jangan nangis" Alisa mengusap belakang gadis itu.

BAM!

Pintu bilik di rempuh oleh seseorang. Dia melihat Hauraina yang sedang menangis di dalam pelukan Alisa.

"Arrien" Danish mendekati Hauraina. Nampaknya dia sudah terlambat. Baru saja dia mahu mengelakkan Hauraina daripada melihat berita Itu.

Hauraina menangis. Habis orang cakap buruk pasal dirinya sekarang. Hauraina mula meracau.

Danish tidak dapat tahan lagi. Dia terus memeluk gadis itu. Hauraina sudah teresak esak.

"Sa-saya malu"

"Shh.. bukan salah kau" Danish mengusap-ngusap belakang gadis itu.

"Habis orang cakap buruk pasal saya" masih dalam tangisan.

"Jangan risau my little lady.. aku akan uruskan semua ni dan semuanya akan berakhir, trust me"

Danish mengeratkan pelukannya. Beberapa minit kemudian Hauraina sudah berhenti menangis dan tertidur di dalam pelukan lelaki itu.

Xiong dan Xian yang berada di situ hanya memerhati. Alisa masih memegang tangan Hauraina.

"Xian, Xiong. Cari makcik dia Dan bawa ke markas. Now!"

"Baik!"

Danish membaringkan Hauraina di atas katil. Dia menyeka air mata Hauraina yang masih mengalir di pipi. Dahi Hauraina dicium.

"Jaga dia" arah Danish kepada Alisa. Alisa mengangguk.

.

Salmah tersenyum sinis membaca comment di Instagramnya.

"Hauraina Hauraina.. siapa suruh kau lari? Sekarang kau rasakan" Salmah ketawa lalu dia menuang wine ke dalam cawan.

TOK..TOK..TOK

Salmah bangun lalu pergi ke pintu. Cepat betul orang jumpa si budak tak guna tu?

Salmah terkejut besar apabila melihat dua orang lelaki cina handsome sedang memandangnya.

"Salmah Eton?" Xiong menikam anak mata orang tua itu.

'Nama dah lah tak sedap' ujar Xiong dalam hati.

"Ya saya?"

Xiong tersenyum sinis. Dia mendekati Salmah lalu mengeluarkan satu kain. Xian sudah berada di belakang Salmah, dia terus sahaja memeluk badan wanita tua itu dan Xiong menutup mulut dan hidung Salmah dengan kain itu. Perlahan-lahan mata Salmah memberat dan dia pensan.

"Kena dukung dia pulak ke? Berat wei" Xian mengeluh.

"Nak buat macam mana? Kita aje yang Danish suruh" Xiong mencangkung lalu dia memikirkan macam mana mahu membawa orang tua ini masuk ke dalam kereta.

"Ha aku tau!" Xian berbisik kepada Xiong lalu si abang mengangguk setuju.

Xian memegang kaki Salmah lalu menariknya ke kereta. Xiong pula hanya membuntuti si adik.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now