Bab 42

1.9K 130 39
                                    

"Bro aku rindu kau" Xiong memeluk adiknya dengan erat. Air matanya membasahi tubuh Xian yang hanya memakai singlet putih.

"A-aku pun rindu kau" suara Xian tersekat-sekat. Tekaknya terasa perit kerana kering.

Tengku Asyraf dan Danish berpandangan lalu mereka melihat dua orang kembar itu dengan senyuman. Xiong yang faham dengan senyuman itu terus menolak Xian sehingga lelaki Itu terbaring ke katil.

"Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok orang nangis ke ?" Xiong menjeling dua orang sahabat baiknya itu, jelingan maut diberikan. Hauraina ketawa apabila melihat Xiong yang memasamkan mukanya.

"Jangan tinggalkan aku Xian, kau je adik yang aku ada" suara Xiong sedikit mendatar.

"Dah lah bodoh! aku koma bukan mati" Xian menjeling abangnya yang seperti kanak-kanak.

Xiong menunjal kepala Xian lalu dia duduk di sofa yang disediakan. Malas mahu bercakap dengan adiknya itu ! Tak sweet langsung!

Danish mengambil gelas kosong lalu air mineral di tuang dan dihulurkannya kepada Xian. Dari tadi dia melihat Xian memegang leher.

Huluran gelas dari Danish di ambil, sambil dia meneguk air itu, matanya melihat pintu bilik. Senyuman sinis terukir.

"Tak payah lah duk stalk aku. Kau ingat masa aku koma tu, aku tak dengar ke suara kau minta maaf?" Ujar Xian lalu dia merenung pintu itu.

Perlahan-pintu kayu terbuka lalu lelaki itu masuk ke dalam dengan tersengih kambing. Dia menunduk memandang semua orang yang berada di dalam itu. Kerusi di sebelah katil Xian di tarik lalu dia melabuhkan punggungnya di situ. Kawan rapatnya di pandang lalu dia menyalam tangan lelaki itu.

"I'm sorry" ujar lelaki itu.

"Sampai hati kau Thomas, aku sampai demam sebab ingat kau dah masuk neraka. Sudahlah hutang aku, kau tak bayar lagi" ujar Xian dengan selamba. Hauraina terus sahaja ketawa apabila mendengar luahan Xian.

Danish menggelengkan kepalanya lalu dia mendekati Xiong.

"Aku baru nak datang untuk minta maaf, kau dah koma pulak" Thomas tersengih.

"Kepala hotak kau, dah sebulan aku ingat kau dah mampos. Baru nak minta maaf ?" Xian mencabut IV drip di tangannya lalu bangun daripada katil. Darah yang menitis dari tangannya tidak dihiraukan.

"Sebab tu aku pelik, kenapa mayat tu bersih je. Rupanya bukan kau" ujar Xian. Thomas tersengih, nak cakap yang dia tak alim lah tu!

"Haura tutup mata" Xian memandang Hauraina.

Danish menarik Hauraina lalu menyepitnya dengan lengan sasarnya itu. Muka Hauraina betul-betul di dadanya.

"Abang ! Tak boleh bernafas lah!" Hauraina meronta-ronta malah Danish hanya diam dan buat muka tidak bersalah.

Xian membuka bajunya menggunakan tangan kanannya kerana tangan kirinya di simen. Baju t-shirt hitam di ambil lalu dia menyarungnya ke tubuh.

"Nasib dia tak amnesia, kalau tak menyusahkan aku je" ujar Xiong lalu dia keluar daripada bilik itu. Mahu pergi memeriksa manusia yang di kurung. Xian memusingkan bebola matanya, tadi bukan main lagi menangis! Sekarang dah sombong pula.

Thomas memandang Hauraina lalu dia mendekati wanita itu.

"Haura saya minta maaf, sebab tak dapat selamatkan awak masa Mateo gugurkan anak awak dan seksa awak" Dia menunduk, rasa bersalah.

"Saya baru menyelinap masuk ke dalam bilik yang mereka kurung awak,lepastu saya tengok awak dah tak sedarkan diri dengan darah yang banyak keluar dari kain baju kurung awak. Saya baru nak goncang tubuh awak, Mateo dah masuk lepastu cuba rogol awak" Thomas merasa sebak dan juga menyesal. Patutnya dia serang sahaja Mateo masa tu kerana lelaki itu hanya berseorangan.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now