Bab 35

1.9K 109 11
                                    

  Matanya terasa sakit apabila cahaya lampu itu masuk ke dalam kornea matanya. Posisi badannya dalam keadaan terlentang. Bilik itu sunyi.

"Kau dah bangun?" Kedengaran satu suara dari sudut dinding bilik itu. Dia mahu melihat tetapi lehernya di kunci dengan besi.

"S-siapa kau ?!" Jeritnya dengan kuat, dia tidak ingat apa yang sudah berlaku. Dia tidak tahu kenapa dia berada di situ.

Lelaki yang berada di sudut dinding bilik itu mendekatinya. Lampu yang tadinya tertutup, kini terbuka. Tetapi lampunya malam.

"Fazz" lelaki itu tersenyum sinis.

Mata Fazz terbuka luas, dia seperti dapat rasa ada aura gelap yang mengelilingi bilik itu.

"D-danish" suara Fazz perlahan.

Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka lalu ada tiga orang memasuki bilik itu. Alexander, Xiong dan Tengku Asyraf.

Tengku Asyraf mendekati Danish dengan tenang, tangan kirinya di masukkan ke dalam kocek seluar, mukanya dingin.  Matanya melirit kepada Fazz yang sedang terbaring di atas katil besi panjang.

"Lepaskan aku !" Jerit Fazz, matanya merenung Danish.

"Kenapa aku perlu lepaskan kau? Permainan kita baru nak bermula" Danish tersenyum sinis. Dia mengambil pisau lalu mendekati Fazz.

Mata mereka bertembung, dengan sepantas kilat, Danish menumbuk muka Fazz dengan kuat sehingga bibir lelaki itu berdarah.

"Itu baru sedikit" ujar Tengku Asyraf yang berada di bahagian kiri. Besi yang mengunci tangan Fazz di buka oleh Danish.

"Aku dah bagi kau amaran, jangan berani tikam belakang kami" bisik Danish dengan sinis. Pisau tadi dia letakkan di nadi tangan Fazz. Bahagian itu di kelar dengan laju sehingga ada darah terpecik di bajunya.

"Arghhh !!" Fazz mengerang kesakitan, nafasnya seperti tersekat-sekat apabila menahan rasa sakit di seksa.

Danish mengangkat tinggi pisau itu lalu dia menikam tangan Fazz sehingga tertembus. Kedengaran bunyi pisau berlaga dengan besi. Jeritan Fazz semakin lama semakin kuat dan lemah.  Darahnya membasahi lantai. Pisau itu di tarik ke atas sedikit supaya tidak berlaga dengan katil besi, lalu dengan sekuat tenaga pisau itu di pusingkan. Urat-uray Fazz juga turut berpusing sehingga ada yang terputus.

"T-tolong.. berhenti" Suara Fazz sudah serak dan lemah. Dia tidak mampu untuk menjerit lagi.

"This is the reward for the disobedient!"  Danish menarik pisau itu lalu meletakkannya di dalam kotak. Dia berpusing ke belakang, memandang Alexander. Lelaki berumur itu tersenyum sinis, faham dengan isyarat mata menantunya. Perlahan-lahan dia mendekati Fazz.

"You know what would happen if someone tried to hurt my daughter?" Soal Alexander sambil tangannya mengambil besi panas.

Fazz tidak mampu berkata apa-apa. Dia terlalu lemah dan sakit. Besi panas di masukkan kedalam tempat nadi di tangan Fazz.

"A-arkk" Fazz ingin menjerit tetapi sudah tiada suara yang keluar.

Alexander tersenyum sinis lalu dia meletakkan besi panas itu di leher Fazz. Lelaki itu meronta-ronta kesakitan dan kepanasan, terasa seperti besi itu sudah tertembus ke dalam. Tidak lama kemudian, badan itu sudah tidak lagi bergerak, perutnya tidak lagi berombak, tetapi mata lelaki itu masih terbuka luas.

Xian hanya diam, dia sudah biasa melihat seksaan seperti itu. Dia tidak takut tetapi seksaan itu akan lebih menyeramkan jika Danish betul-betul di rasuk syaitan.

Mayat Fazz di bakar oleh anak-anak buah Rosa Nera. Usai sahaja urusan di markas, Danish meminjam baju Xiong. Dia tidak mahu isterinya tahu tentang kerja gelapnya tadi.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now