PROLOGUE

1.6K 68 1
                                    

Senapang Bushmaster M4-type Carbine diangkat selaras dengan bahu. Dalam keheningan, derap kaki dibuka penuh berhati hati tanpa menimbulkan sebarang suara. Wajahnya ditutup separuh menggunakan topeng tentera. Elak dikenali oleh pihak musuh. Hanya mata tajam yang meliar ke kiri dan ke kanan sahaja terdedah. Mata itu giat mencari bayangan musuh.

Kaki berhenti di sebalik satu pokok besar saat telinga menangkap suara sesuatu yang dipukul menggunakan kayu. Laju kepala menoleh ke arah anak buah yang sedang tekun memerhati keadaan. Isyarat tangan berhenti diangkat.

Arahan diberi menggunakan isyarat tangan. Elak sebarang suara yang mungkin boleh menyedarkan pihak musuh.

Lalu, Mikhael selaku ketua meminta untuk mereka berpecah dan mengepung kawasan di mana menjadi tempat tebusan ditahan. Lima orang anak buahnya angguk kepala dua kali sebagai balasan kepada arahan yang diberi oleh Mikhael.

Mereka berpecah kepada dua kumpulan seperti yang diarahkan oleh lelaki itu. Aariz dan Hadi menjaga bahagian timur manakala Seth dan Lanvin menjaga bahagian barat. Mereka berempat mengambil bahagian masing masing di sebalik semak samun itu. Aqib pula diarahkan untuk bertindak dahulu bersama Mikhael.

Mereka memerhati gerak geri suspek yang sedang memukul seorang tebusan di mana tangan dan kaki tebusan itu diikat. Lalu, digantung songsang  pada sebatang pokok.
Dia disebat mentah mentah pada kulit menggunakan kayu tanpa belas kasihan. Sesekali suara rintihan menahan senak akibat dipukul terluah di bibir. Tubuhnya juga sudah dipenuhi dengan lebam lebam biru dan darah yang sudah kering.

Apatah lagi tubuh itu tidak dibaluti dengan sebarang pakaian. Hanya sekadar seluar tentera yang sudah bercampur dengan cecair merah sahaja tersarung di bahagian bawah tubuh.

"Lepas lah bodoh!" pekik tebusan itu. Dia menjegil kepada penculik dihadapannya.

Rambut ditarik, lalu wajah ditumbuk bertalu talu.

"Diam!" balas penculik itu penuh amarah.

Tebusan itu batuk lalu memuntahkan darah setelah dipukul bertalu.

"Sial kau!" walaupun perit dihentam habis habisan, namun selagi kudrat masih tersisa dia tidak akan mengalah sama sekali.

Baginya, penculik penculik itu pengecut kerana hanya berani menyerang di saat pihak lawan dalam keadaan terikat kaki dan tangan. Jika diri tidak diikat sebegitu rupa, pasti hancur wajah penculik itu dikerjakan olehnya.

Melihat kezaliman itu, darah Mikhael membuak buak. Nafasnya turun naik menahan sabar. Dia pasti akan membalas kembali apa yang dilakukan oleh mereka terhadap tebusan itu.

Tebusan saat ini merupakan salah satu anggota TUDM yang ditahan ketika bertugas di kawasan tersebut. Pasukan Mikhael ditugaskan untuk menyelamatkan tebusan tersebut yang telah ditahan selama 5 jam oleh pihak musuh.

Aqib dan Mikhael saling berbalas pandang. Lantas, isyarat tangan 'serang' diberi oleh Mikhael.

Dengan langkah pantas, Mikhael dan Aqib mula menerjah seramai dua orang suspek yang dikehendaki. Jelas kelihatan wajah terkejut daripada kedua duanya saat mereka tiba tiba diserang hendap oleh pasukan tentera. Salah seorang daripada mereka berjaya ditumpaskan sekelip mata gara gara dia tidak dalam keadaan bersedia untuk menyerang.

Penculik yang tersisa itu pantas bertindak dengan membuka langkah untuk melawan serangan Mikhael. Namun, Mikhael langsung tidak gentar dengan serangan balas yang diterima. Malah, semuanya tidak terkena walau seinchi ditubuhya kerana ianya berjaya dielak dengan tangkas.

Senapang yang tadi dipegang kini sudah terlepas dari tangan dek kerana ditendang oleh pihak lawan. Mikhael tidak berundur, malah dia bergerak ke hadapan dengan gagah untuk berlawan dengan tangan kosong.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now