BAB 26

1K 57 2
                                    

Majlis selesai sebelum tengah malam. Tamat sahaja majlis, mereka bersurai pulang ke rumah Tengku Yazid.  Yara terlebih dahulu naik ke bilik sementara suaminya masih sibuk dengan papa di ruang tamu bawah. Disebabkan dia sudah tidak bertenaga untuk bersengkang mata lagi, jadi Yara memilih untuk naik ke atas sendirian tanpa Mikhael. Pandai pandai la suaminya mencari kamar mereka nanti. Lagipun, sudah diberitahu di mana keberadaan kamar itu

Masuk sahaja ke dalam kamar, katil bersaiz Queen miliknya kelihatan sangat menggoda dalam keadaan tidak bermaya begini. Jika dapat berbaring di atas tilam empuk itu, pasti dunianya terasa indah belaka. Lantas, laju tubuh dilabuhkan pada birai katil. Remote penghawa dingin ditekan. Menyejukkan ruangan. Penat sungguh badan. Ikutkan hati nak sahaja dia baring dengan dress di tubuh. Nak bergerak ke meja solek pun dah tak bermaya ni.

Tubuh dihenyak ke atas katil. Yara menggeliat kecil. Rasa bernafas kembali segala otot, urat saraf di tubuhnya. Sekonyong-konyong, tangan kanan terhenti di udara. Dia merenung sesuatu yang berkilau di jari manisnya. Batu permata itu dibelek. Cincin dijari direnung. Macam tak percaya dia sudah bergelar seorang isteri kepada Mikhael. Tapi lagi tak percaya Mikhael pandai menyanyi dan bermain piano. Bukan main romantik suaminya di majlis mereka tadi. Kembang habis rasa. Tinggal nak meletup je.

"Ha! Senyum sorang sorang. Mabuk cinta lertu." sergah Mikhael yang baru melangkah masuk ke dalam kamar isterinya.

Pintu ditutup rapat, kunci. Yara yang sedang mengelamun tersentak.

"Mana ada!" Yara bingkas bangun serta mendalih kenyataan suaminya.

Terkejut disergah begitu. Boleh pulak dia tidak sedar akan kehadiran suaminya di situ. Baju dibetulkan, rasa segan masih terselit bila berduaan dengan lelaki itu di dalam kamar. Kini mata mereka saling bertatapan. Yara telan liur.

Bayangkan selama ini hanya duduk seorang dalam bilik, bebas berbuat apa sahaja. Kini perlu menerima kehadiran seorang lelaki kacak berada di dalam bilik yang sama. Tidakkah suasana ini sangat janggal? Bukan itu sahaja, malah dia juga perlu berkongsi katil kesayangan ini bersama Mikhael. Oh god!

"Eelele. Tak apa, abang faham. Lepasni, sayang tataplah muka abang yang hensem ni puas puas. Yang akan buatkan sayang tidur tak lena. Jangan risau, abang untuk Yara Alyssa sorang je." usik Mikhael seraya songkok dibuka dan diletakkan di atas meja solek isterinya.

Sempat dia mengerling produk produk yang tersusun kemas di atas meja solek itu. Semuanya berjenama belaka. Yang pasti satu pun Mikhael tak tahu apa nama, jenis dan fungsinya selain daripada perfume dan lipbalm isterinya.

Memang. Memang tak lena dia malam ni. Jerit Yara dalam hati. Sekonyong-konyong, dia berdehem kecil. Menghilangkan rasa kekok.

"Yara tak tahu pula abang ada bakat macam tu." dia maksudkan tentang persembahan mengejut Mikhael tadi.

Mikhael senyum senget kepada isterinya.

"Yara patut bangga tau pada abang. Mana pernah abang buat kerja gila macam tu. Tujuh hari tujuh malam tau abang practice dekat markas tu. Sudahlah si Mal dengan si Qib tak henti henti membahan abang. Tapi abang buat juga untuk gembirakan hati isteri abang ni." luahnya sambil mencubit pipi tembam isterinya. Butang baju dilepaskan. Hangat.

Akhirnya, setelah sekian lama dapat juga dia berbuat demikian. Sudah lama dia berkenan dengan kecomelan isterinya itu. Sekarang, mereka sudah halal. Jadi, Mikhael bebas melakukan apa sahaja. Rasa malu pula bila teringat balik saat dia memberitahu plan tersebut kepada dua orang lelaki itu. Teruk dia dibahan sebelum keduanya bersetuju untuk membantu.  Malah, dia rehearsal pun di hadapan mereka berdua. Memang lebih banyak gelak daripada berlatih. Lagi lagi si Aqib tu tak habis habis dengan otak gilanya.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang