BAB 20

1.1K 70 3
                                    

Hanya tersisa lagi dua hari sebelum pertandingan memanah berkuda akan diadakan. Itu menandakan, tugas Yara di rumah kuda itu hampir tamat. Maka, tidak lama lagi, dia perlu meninggalkan kampung Pendang ini dan kembali ke Penang.

Beg perubatan yang digalas sebelah bahu diletakkan di atas tanah. Langkahnya terhenti apabila tali kasut terurai. Terus badan ditundukkan sedikit untuk mengikat tali kasut semula walaupun dia tidak mahir melakukannya. Sesaat, ada tangan lain yang mencelah dengan laju dan mengikat tali kasutnya dengan kemas, tanpa diminta.

Yara hanya memerhati lelaki yang sedang mengikat tali kasutnya. Sebaik sosok yang duduk bertinggung, mengikat tali kasutnya tadi sudah mendongak wajah menatapnya, automatik bibir Yara mengukir senyum sebelum,

"Lain kali ikat ketat ketat. Kalau terpijak, susah." Mikhael membebel seraya berdiri tegak.

Yara tayang sengih busuk kerana dibebel oleh Mikhael. Lantas, beg perubatan gadis itu diambil, lalu digalas pada sebelah bahunya.

"Awak buat apa dekat sini?" Yara menyoal kepada Mikhael yang baru tiba. Hendak kata mahu menjemputnya, dia memandu sendiri ke rumah kuda hari ini.

"Pak Osman nak jumpa. Itu yang aku singgah kejap." beritahu Mikhael kepada Yara.

"Buat apa?"

"Tah." jongket sebelah bahu kerana dia sendiri tidak tahu tujuan lelaki itu mencarinya.

Bibir Yara membulat Oh sahaja. Kalau tuan badan pun tidak tahu, malas la dia nak tanya lebih lebih. Tidak mahu dicop suka jaga tepi kain orang. Jaga belakang tak apa.

"Kau dah nak balik ke?"

Geleng kecil.

"Tak, saya nak main dengan Ken sekejap." balas Yara jujur.

Sejak sejak dia sering ke sana, Ken sudah membiasakan diri dengan Yara.
Setiap kali habis bertugas, pasti dia akan menunggang Ken sebelum pulang. Pantas kuda putih itu berlari dengannya. Mereka selalu meluangkan masa bersama sama. Bila pulang ke Penang nanti, pasti dia rindukan kuda putihnya di sini.

"Hmm. Baik baik. Kalau macam tu, aku pergi dulu." Mikhael meminta diri bersama beg perubatan Yara. Lantas, wajah Pak Osman dicari.

Yara hanya mampu melihat sahaja beg perubatan dia dibawa oleh Mikhael kerana lelaki itu semakin menjauh. Mikhael membuka langkah ke sekitar rumah kuda tersebut. Gelanggang kuda dituju sebaik melihat wajah yang dicari sedang berdiri di sana. Sampai sahaja pada Pak Osman, salam diberi dan dijawab.

"Ha, Mikhael. Sampai pun." ditepuk beberapa kali lengan sasa itu.

Mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia.

"Umi hang cakap, hang dok ada kat kampung lagi. Itu yang Pak Osman suruh hang mai sini sat." Pak Osman memulakan perbualan.

"Ada apa Pak Osman nak jumpa saya?" badan dihadapkan pada lelaki itu. Memberi tumpuan sepenuhnya.

"Hang tau dah pasai pertandingan memanah sambil berkuda yang Pak Osman anjurkan hujung minggu ni?"

"Tau." laju dia jawab bersama anggukan sekali.

"Laguni. Pertandingan ni, Pak Osman buat beregu. Dua orang satu pasukan. Ada satu team tu, depa tarik diri pasai ada hal. Jadi, Pak Osman nak minta tolong. Boleh dak kalau Mikhael ganti depa sat? Main muhung muhung pun takpa la. Nak bagi cukup orang ja. Mikhael kan terer berkuda dengan memanah." panjang lebar Pak Osman menyampaikan hasratnya.

Seketika, Mikhael diam berfikir sejenak akan tawaran Pak Osman. Memang benar dia mahir berkuda dan memanah. Pertandingan ini pun sering dia libatkan diri. Dan memang tak pernah ada rekod kalah lagi. Cuma bila dah bekerja di luar, jarang dia dapat join macam dulu.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt