BAB 23

935 62 2
                                    

Dengan kata sepakat dari kedua dua belah pihak, majlis perkahwinan akan berlangsung lagi tiga bulan.
Mikhael meminta tarikh pernikahan  dipercepatkan kerana tahun ini namanya naik untuk sambutan hari kemerdekaan. Nanti dia perlu menghadiri rehearsal dan sebagainya. Jadi, dia risau kalau majlis akan terganggu dengan jadual kerjanya.

Banyak persediaan yang perlu dilakukan memandangkan ini majlis pertama bagi kedua dua belah pihak. Kata Tengku Yazid, dia mahu mengadakan majlis mereka di hotel kerana ramai rakan business yang akan dijemput. Lagipun, Yara satu satunya anak yang dia ada. Jadi, dia mahukan majlis yang terbaik.

Mikhael langsung tidak ada masalah terutamanya soal duit, kalau itu yang pihak perempuan mahukan, dia boleh bagi. Nak meriah macam mana pun, tak kisah, dia boleh bagi. Janji kahwin.

Senapang yang diangkat separas bahu diturunkan apabila mereka mula meredah masuk ke dalam sungai. Arus sungai yang tenang memudahkan mereka untuk menapak di dalam air. Hanya kepala sahaja yang kelihatan manakala tubuh sudah ditenggelami dengan air. Wajah mereka juga diconteng dengan army face paint untuk penyamaran hutan.

Mikhael selaku ketua, berada paling hadapan di antara lima orang ahli pasukannya. Bola mata dilemparkan ke suluruh kawasan, berwaspada dengan sebarang ancaman walaupun ianya cuma sekadar latihan. Sesekali dia turun sedikit ke dalam air hingga paras hidung apabila melalui kawasan perkampungan. Elak dilihat orang awam.

Uniform sudah lencun kerana berjalan di dalam sungai. Daun daun dan sampah dibawa arus yang tersangkut pada tubuh tidak dihiraukan. Dalam keheningan, salah seorang daripada mereka menjerit tiba tiba. Tidak terlalu kuat tapi cukup untuk menarik perhatian sesiapa sahaja. Laju semua kepala menoleh memandang sumber suara yang sedang terpekik itu.

"Anjirr!!" suara daripada Aqib yang sedang menggelupur di dalam air.

Semua mata merenung tajam ke arah dia. Bukan main berdesup Aqib sedang menolak, menepuk dan mengelak arus air sungai itu. Ringkasnya, Aqib sedang menggelabah biawak di dalam air sungai itu.

"Kau kenapa bangang?" soal Aariz dibelakang Aqib, pelik dengan tingkah laku lelaki itu yang tiba tiba menggelupur.

"Tuu!" bibir dimuncungkan untuk menunjukkan seekor ular berbisa yang tadi melintasi dia kini sedang berenang ke arah Mikhael pula. Lantas semua melemparkan pandangan ke arah yang dimaksudkan.

"Uish, snake. Sedap kalau buat bbq ni." ujar Seth penuh teruja. Bahu Lanvin disebelah ditampar beberapa kali.

"Open table la kita malam ni, Seth." balas Lanvin pula.

Kedua lelaki berbangsa iban itu berura hendak menangkap ular tersebut untuk dijadikan santapan mereka.

"Ish, damuh!" kata Aqib penuh geli geleman.

Mikhael sekadar bercekak pinggang sambil renung seekor ular hitam berkilat yang sedang berenang ke arahnya serta menjadi pencetus hingar bingar di antara mereka tadi.

"Engkau ni pun satu hal lah. Bukan main luas sungai ni, tang ni juga kau nak berenang?" Mikhael berkata kepada ular yang sedang berenang ke arahnya itu.

Niat Seth dan Lanvin yang sedang berjalan di dalam air untuk mengambil ular tersebut terbatal apabila Mikhael mula bertindak. Tanpa gentar dan penuh tenang, Mikhael menangkap ular yang sudah berada di hadapannya dengan memegang kuat ekor dan kepala ular tersebut sebelum sempat ular itu melepaskan bisa di tubuhnya.

"Hael, kau jangan buat kerja gila." tegur Aqib dengan nada risau apabila Mikhael mula mendekatkan ular tersebut dengan wajahnya.

Bukan dia tidak kenal dengan Mikhael itu. Semua benda nak dibuat kawan. Kalau boleh, dengan nyamuk pun dia mahu berkawan. Baginya, lelaki itu tidak normal. Tempoh hari sewaktu latihan payung terjun dilakukan, dia sempat berborak dulu dengan sekumpulan burung di langit sementara menunggu untuk landing di darat.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now