BAB 10

781 63 7
                                    

Badan direbahkan ke atas katil. Rambut yang basah dikeringkan dengan tuala kecil. iPhone dicapai, nombor Tengku Yazid didail. Rindu nak dengar suara papanya itu.

"Assalamualaikum, pa. Buat apa tu? Sihat?"

"Waalaikumussalam, sihat. Papa baru siap dinner. Princess papa, sihat? Dah makan?"

"Yara sihat. Baru siap mandi. Kejap lagi Yara makan."

Dalam kepala tengah fikir, apa dia nak makan nanti. Yang ada meggi sahaja. Itu pun memang dah tersedia di homestay tersebut. Sekarang baru rasa menyesal pula tolak tawaran papa untuk sediakan siap siap semua keperluan dia sepanjang berada di situ. Kan dah jadi masalah untuk diri sendiri. Kalau ada bahan, boleh la juga dia memasak cara dia untuk bertahan hidup.

"Jangan skip makan lama lama, princess. Yara tu gastric."

"Mana ada skip, betul... kejap lagi Yara makan. Yara nak sembang dengan papa dulu. Rindu."

"Yelah, Yara kan good girl. So, everything okay? Seronok kerja sana? Selesa tak homestay tu?"

"Alhamdulillah, everything okay. Yara seronok tinggal sini. Kuda kuda kat sini besar besar, pa. Comel pula tu. Geram Yara tengok. Rumah ni pun best. Selesa dan cantik. Owner dia pun ramah. Hari hari dia jenguk Yara. Lepastu, selalu juga Yara makan dekat rumah dia. Sedap tau papa dia masak."

Panjang lebar dia bercerita. Bukan main dia memuji melangit kepada puan Kalsom. Tapi semua itu fakta.

"Kenapa Yara makan dekat sana?"

Badan yang tadi sedang meniarap di atas katil, kini berubah posisi kepada berbaring. Yara goyang kaki. Santai.

"Dia yang jemput. Katanya nak teman borak."

"Dia tak ada anak ke?"

"Ada, lelaki. Dua orang."

"Ouh..."

"Papa nak tahu tak. Yara dah ada ibu! Owner rumah ni suruh Yara panggil dia umi. Katanya dia teringin nak ada anak perempuan. Tapi, anak dia semua lelaki. Dia layan Yara baik sangat."

Tengku Yazid yang mendengar luahan itu tidak membalas. Deruan nafas sahaja yang kedengaran di hujung panggilan.

"Papa? Pa? Dengar tak Yara cakap ni?"

Panggilnya bila papa tiba tiba tidak bersuara.

"Ye, papa dengar. Yara suka?"

"Suka! Umi layan Yara macam anak sendiri. Kat sini, walaupun Yara tinggal seorang, Yara tak sunyi langsung. Sebab Yara kawan dengan anak anak umi. Dia orang baik sangat dengan Yara. Caring. Macam along. Terubat juga rindu Yara pada along bila duduk dengan dia orang. Paling best, dapat juga Yara merasa kasih sayang ibu."

Tengku Yazid yang berada di hujung panggilan menahan sebak.

"Baguslah kalau macam tu. Papa tumpang gembira. Tapi Yara kena ingat, dia orang tetap orang luar. Jadi, jaga diri baik-baik ye sayang?"

Rasa sedih pula dengar Yara berkata begitu. Pasti dia terlalu rindukan Yazdan. Paling mengayat hati bila anaknya terpaksa menumpang kasih ibu orang lain.

"Okay papa. I will. Yara dah habis cerita. Papa boleh tidur. Nanti Yara call lagi. Goodnight, pa. Love you. Mwah!"

"Goodnight princess. Papa love you too."

Tamat sahaja perbualan, Yara bangun dan bergerak ke dapur. Meggi kari yang tersedia dalam kabinet terus dicapai. Boleh la buat alas perut dulu untuk malam ni. Daripada dia kebuluran sampai esok. Lapar dapat, sakit pun dapat. Hendak cari makan di kedai, kereta pun belum siap lagi. Sudahnya, periuk diambil dan bersedia untuk merebus meggi.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now