BAB 8

920 69 5
                                    

Kaki berjalan perlahan melewati kawasan rumah kuda gah yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dari homestay yang disewa olehnya.

Urusan Yara menjadi mudah kerana Maleeq pagi-pagi sudah terpacak depan pintu homestay. Dengan rela hati, lelaki itu mempelawa diri untuk menghantar dia ke rumah kuda. Memandangkan kereta dia masih di bengkel, jadi apa salahnya menggunakan rezeki yang ada.

Sempat juga Yara berkenalan dengan Mak cik Kalsom iaitu umi kepada Maleeq. Ramah dan baik orangnya. Yara selesa dengan wanita itu. Mak cik Kalsom juga ada mengatakan yang pemilik rumah kuda itu kawan arwah suaminya. Jadi, lagi mudah kerja dia nanti.

Pemilik rumah kuda tersebut telah menjelaskan tugas yang patut dia lakukan. Dia perlu memastikan kesemua kuda yang terdapat di situ sihat dan cergas sepanjang masa sebelum pertandingan horseback archery diadakan nanti.

Jadualnya sudah ditetapkan. Seminggu, tiga kali dia perlu merawat kuda-kuda tersebut. Dan itu akan menjadi rutin selama dua bulan di sana.

Kuda-kuda yang sedang diberi makan, mandi dan membuat latihan di lapangan, menarik perhatian Yara. Banyak juga kuda kuda yang berada di situ.  Letih berjalan, mereka melabuhkan duduk pada kerusi rehat di hadapan gelanggang kuda.

"Mal, agaknya bila kereta saya boleh siap?" Yara menyoal sopan.

Dia tidak mahu terus-menerus menyusahkan Maleeq untuk menghantar dia ke rumah kuda.

"Tak sure la. Depa tengah tunggu spare parts kereta awak tu sampai. Kereta awak tu mewah sangat, mana nak ada barang dia kok kampung laguni." jelas Maleeq yang sedang bersantai.

Sudahnya Yara angguk sahaja. Hendak melebih lebih, benda pun belum siap lagi.

Segan rasanya bila lelaki itu asyik-asyik menyebut 'kereta mewah' kepadanya. Patut dia beli kereta lain bawa datang ke sini. Axia ke, Myvi ke. Barulah sesuai dengan situasi. Kalau bukan disebabkan kereta miliknya hanya ada satu itu, memang sudah dibawa kereta lain. Takkan nak rembat kereta papa pula. Lagi besar daripada BMW dia. Nanti rasa macam bawa bas pula.

Seronok bersantai, satu notification masuk. Maleeq baca dari luar skrin. iPhone kembali di simpan ke dalam poket seluar. Yara yang sedang menonton latihan itu itu dipandang.

"Awak ada hal lagi ka? Kalau tak dak, boleh kita balik? Saya tiba-tiba kena masuk kerja pulak." lembut dia mengajak. Ada rasa bersalah terselit di situ.

"Dah tak ada. Tapi bukan awak cuti ke?" laju Yara membalas.

Maleeq garu hujung kening.

"Biasalah, orang jahat bukan nak ada hari cuti. Manusia macam kami ni lah nak kena korban hari cuti nak urus depa." luah Maleeq sambil bangkit dari kerusi.

Nampak sungguh ketidakrelaan dia hendak pergi berkerja.

"Faham." hanya itu yang mampu dibalas Yara.

Kunci kereta dibuka, enjin dihidupkan. Setelah Yara masuk ke dalam kereta, pedal minyak terus ditekan. Maleeq menghantar Yara pulang ke homestay sebelum dia bergegas ke balai untuk menjalankan tugas.

__________________🦋_________________

Lena Yara terganggu dengan suasana yang tiba-tiba menjadi hening tanpa sebarang suara. Sunyi sepi. Tubuh juga mula terasa panas membahang. Dapat dia rasakan peluh yang mengalir di dahi. Perlahan-lahan dia membuka kelopak mata. Terkebil kebil Yara menggosok mata bila dia dapati tiada satu sumber cahaya yang terlihat melalui matanya. Semuanya menjadi gelap gelita. Adakah dia sudah berpindah alam? Atau tiba tiba menjadi buta?

Tangan menggagau mencari telefon bimbit di atas meja kecil di tepi katil. Sebaik objek ditemui, punat on ditekan. Dia melihat jam di skrin telefon.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now