BAB 11

805 75 12
                                    

Bola mata dilemparkan ke arah lautan manusia itu untuk mencari wajah puan Kalsom di celah celahnya. Sampai sahaja di rumah kenduri, terus umi menonong entah ke mana untuk membawang bersama rakan rakannya. Terus dilupakan Yara yang ikut bersama. Sudahlah dia tak kenal sesiapa di sini. Mikhael dan Maleeq pula belum datang lagi. Ada urusan yang perlu dibuat dahulu katanya.

Melihat keramaian itu, Yara mengagak bahawa mungkin umi berada di dapur. Jadi, dengan yakin dia tuju ke sana. Kasut yang berselerakan itu dilihat satu persatu. Yara hela nafas lega bila ada kasut umi di antaranya. Laju dia menanggalkan kasut tumitnya lalu masuk ke dalam dapur.

"Assalamualaikum." sapanya ragu ragu sebaik melangkah masuk ke situ perlahan.

Salam dijawab seisi dapur itu.

Tiba tiba Yara rasa macam nak lari keluar bila semua mata di situ sedang tertumpu padanya. Sekelip mata dia menjadi watak utama di dapur itu. Yara tayang senyum kekok sambil mendekati umi yang juga sedang menatapnya.

"Astagfirullah. Umi terlupa pula dekat Yara. Maaf, sayang. Mai sini meh. Umi kenalkan dengan kawan kawan umi." dia lambai lambai anak gadisnya
untuk datang ke meja makan itu.

Semangat nak membawang dengan kawan kawan, sampai terlupa dia yang Yara turut ikut serta. Ingatkan gadis itu ikut kedua anak lelakinya ke pekan tadi. Turun saja daripada kereta, terus dia menonong ke dapur. Nasib baik tak kena culik si Yara ni.

Walaupun malu tahap gaban, Yara  tetap akur pada ajakan umi.

"Amboi lawanya. Anak sapa ni?" tegur seorang makcik di situ. Mungkin salah seorang kawan umi.

"Aiii...Som. Bakal menantu ka tu?" kata seorang makcik lagi sambil menampar nampar lengan umi. Teruja melihat Yara.

"Bakal bini anak hat mana satu ni? Sulung ka bongsu?" usik mereka lagi.

Yara yang mendengar rasa panas seluruh tubuh. Wajahnya juga sudah memerah sakan bila diusik dengan soalan soalan begitu. Walaupun bukan dituju kepadanya, namun soalan itu melibatkan dia.

"Ni la, doktor yang aku cerita hat kerja dekat rumah kuda si Osman tu. Yara Alyssa nama dia."

Yara senyum manis sambil menundukkan sedikit kepalanya bila umi memperkenalkan dia bersama tiga orang wanita seusia umi itu.

"Lawa nama. Macam tuan dia."

"Terima kasih." ucap Yara bila mereka tak henti henti memujinya.

"Ingatkan bakal menantu tadi."

"Dak aih. Tapi kalau ya pun, apa salahnya. Anak aku pun dua dua bujang lagi. Doakan yang baik baik."

Suka benar umi bila teman temannya menyebut Yara sebagai menantu. Kalau Yara yang dipilih oleh salah seorang anak lelakinya, memang umi akan terima terus. Walaupun baru beberapa hari Yara berada di situ, hatinya terpaut benar dengan personaliti Yara.

"Yara ni umuq berapa? Dah berpunya ka belum?"

"25 tahun makcik. Buat masa sekarang bujang lagi." sopan Yara menjawab sambil memandang wajah wanita yang bertanya kepadanya.

Buat masa sekarang konon, macam lah dia nak menamatkan zaman bujangnya itu secepat mungkin. Kutuk Yara dalam hati.

"Oh, muda lagi. Makcik ada sorang anak lelaki. Kerja cikgu. Nak makcik kenankan?"

Tak nak! tapi tolakkan itu hanya mampu ditempikkan dalam hati. Tolong jangan kenenkan dia dengan sesiapa. Cukuplah Tengku Yazid sahaja yang bising setiap hari menyuruh dia untuk berkahwin segera. Apa papa ingat jodoh boleh beli dekat Watson ke?

"Yara tak bersedia lagi nak fikir pasai kahwin. Ada jodoh ada la." lembut dia menolak tawaran jodoh itu.

Wanita tadi hanya mampu ketawa halus. Dia juga tidak terlalu serius dengan pelawaanya. Jadi, dia tidak terasa apabila Yara menolak.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now