BAB 45

498 41 7
                                    

Seminggu berlalu, kehidupan Yara berjalan seperti biasa. Pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, ulang. Sepanjang seminggu ini juga, memang muka Maleeq dan Yasmeen sahaja yang dilihat setiap hari. Seperti yang diduga, Mikhael memang tidak akan pulang tepat pada waktu jika tempoh yang diberi sekadar jangkaan semata.

Entah bagaimana khabar suaminya itu. Dia sendiri tidak pasti. Sebagai isteri, dia hanya mampu menanti kepulangan dan mendoakan keselamatan suaminya sahaja yang sedang bertugas untuk negara. Setiap detik, rindu pada lelaki itu semakin memberat. Namun, apa kan daya. Memang itu lumrah kehidupannya. Mahu tidak mahu, dia perlu biasakan diri menjalani kehidupan seperti biasa walaupun tanpa suami di sisi.

Dalam masa yang sama, dia rasa bersyukur kerana dapat adik ipar sebaik Maleeq. Lelaki itu sentiasa menemani dia sepanjang ketiadaan Mikhael. Walaupun sepanjang dengannya Maleeq tidak lepas dengan bahan bahan bukti dan menyiasat, sekurang kurangnya, dia tidak rasa sunyi.

Pulang sahaja kerja, pasti muka Maleeq akan terpacul di depannya. Selalu, mereka akan keluar makan bersama dan bergerak secara berasingan memandangkan dua menjak ini Yara memandu sendiri ke tempat kerja.

Petang ini, sebelum keluar makan dengan Maleeq, Yara singgah ke kedai untuk membeli barang dapur yang sudah mahu habis. Setelah itu, dia akan bertemu dengan Maleeq di kedai makan yang dijanjikan tidak jauh daripada kedai runcit yang disinggah. Kata adik iparnya, dia agak sibuk hari ini. Jadi dia akan terlambat daripada biasa. Disebabkan Yasmeen tidak dapat turut serta bersama seperti hari sebelumnya, maka hanya dia dan Maleeq sahaja yang akan keluar.

"Hai, kakak ipar." tegur Maleeq yang baru tiba dengan ramah.

Kepala ditoleh ke sisi sekilas untuk membalas sapaan sebelum dia kembali fokus dengan kegiatannya. Yara senyum nipis kepada adik iparnya.

"Hai." jawabnya tenang sambil menutup bonet kereta.

"Dah habis beli barang dapur ke?"

"Dah." dia senyum kecil seraya menelek Maleeq atas bawah. Analisis.

Kesian pula dia lihat muka lelaki itu sekarang. Nampak sungguh kelesuan yang terpancar di wajah itu. Kali ini berapa malam pula si Maleeq tidak dapat tidur dia tidak tahu. Baru baru ini, perangai randomnya semakin menjadi jadi sebab kurang tidur. Penat juga Yara nak melayan. Tetapi terhibur.

"Kalau macam tu, jomlah kita. Hungry ni." adu Maleeq sambil mengusap perut sendiri.

"Yelah. Jom"

Sesaat, telefon Maleeq berdering. Mereka jeda seketika. Kemudian, Maleeq meminta izin kepada Yara untuk menjawab panggilan tersebut terlebih dahulu kerana si pemanggil adalah orang penting. Lantas, Yara angguk. Dia tunggu di tepi kereta kesayangannya itu. Manakala Maleeq pula sudah menjauhi beberapa langkah. Elak perbualan didengari oleh sesiapa.

Dia berpeluk tubuh sambil menunggu. Belakang Maleeq yang sedang berbual direnung. Nampak macam serius sahaja perbualan itu. Kemudian, mata Yara terpandang gerai yang menjual buah potong di seberang jalan. Tiba tiba tekaknya teringin pula bila tengok buah mangga yang dipotong dadu tersusun kemas di celah celah ais itu.

Sesaat, dia kerling Maleeq yang masih dengan telefon dan berada agak jauh daripadanya. Rasa rasa macam masih panjang lagi je perbualan lelaki itu. Mesti sempat kalau dia pergi beli buah tu dulu sementara waktu. Tebak Yara dalam hati. Beg tangan yang
tersangkut atas bahu dikemaskan agar tidak melorot ke bawah.

Lantas, Yara bersedia untuk menyeberang jalan dan membeli buah potong di gerai itu tanpa pengetahuan Maleeq yang setia dengan si pemanggil. Dia berdiri tegak di sisi jalan. Kepala menoleh ke kiri dan ke kanan. Setelah memastikan bayangan kenderaan masih jauh dari tempat dia berdiri, Yara mengatur langkah laju untuk melintas jalan itu sebelum kenderaan semakin hampir.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now