BAB 34

717 42 4
                                    

Serbuk koko di dalam balang kembali disimpan ke dalam kabinet yang melekat pada dinding. Air panas dituang masuk ke dalam cawan yang berisi serbuk koko itu, lalu dikacau perlahan sehingga larut. Cawan berisi air kegemaran Mikhael diletakkan ke atas dulang bersama sepinggan brownies.

Dengan berhati hati kaki menapak ke dalam bilik gym suaminya sambil menatang dulang tadi. Daripada tadi Mikhael bersenam di dalam sana. Katanya bina stamina untuk operasi nanti. Badan disengetkan sedikit, daun pintu ditolak perlahan lahan dengan siku kerana tangan sedang menatang dulang.

Sebaik daun pintu terbuka, Yara lihat Mikhael sedang melakukan push up dengan short pants sahaja. Saat ini, dia rasa Mikhael seksi sangat sangat. Dia yang sudah menjadi isteri pun, tetap tergugat iman melihat tubuh sasa suaminya.

"Yes, mariposa?" ujar Mikhael sebaik mendengar suara pintu dikuak seseorang.

Seketika Mikhael berdebar. Terkejut dengan apa yang disarung oleh Yara. Untuk pertama kali Mikhael melihat isterinya berani berpakaian sedemikian. Selalu, gadis itu tidak lepas dengan lengan dan seluar panjang. Debaran cuba dikawal sebaik mungkin.

"Yara ganggu ke?" soal Yara dari ambang pintu.

"Tak, sayang. Masuk la. Ada apa?"

Selepas mendapat izin, Yara mula melangkah masuk.

"Yara ada buatkan hot chocolate untuk abang." beritahunya sambil meletakkan dulang tadi di atas meja kecil di penjuru sudut ruangan tersebut.

"Letak dekat situ, kejap lagi abang minum. Terima kasih, cinta." ucap Mikhael ikhlas.

"Sama sama."

Yara membetulkan short pijama yang disarung pada tubuh. Kaki putihnya terdedah kerana dia memakai seluar paras lutut sahaja. Rambut paras pinggang yang dibiarkan mengurai, dikemaskan sedikit. Mata merenung suaminya yang sedang melakukan push up dengan gagah.

Terdetik rasa insecure dalam diri. Mudah sahaja Mikhael melakukan senaman tersebut. Kalau dia yang buat, rasanya tak sampai sepuluh dah kecundang tersungkur ke lantai. Daripada zaman sekolah lagi dia memang tak larat nak push up banyak banyak. Ujian segak pun, paling banyak yang pernah dicapai 25 kali sahaja yang mampu dibuat. Itu pun zaman remaja, ringan lagi badan. Sekarang, nak ke dapur pun tak larat apatah lagi push up. Sebenarnya lebih kepada rasa malas yang menguasai diri.

"Do you want to sit on my back, mariposa?" tegur Mikhael kepada Yara yang tidak lepas memandang belakang bidangnya itu.

Yara tersentak. Matanya terkebil kebil seketika.

"Can I?" teruja dia bertanya. Nampak macam best sahaja. Mesti rasa macam naik jongkang-jongket dekat taman permainan.

"Of course you can. Come, dear."

Mikhael mempelawa isterinya untuk duduk di atas belakangnya yang sedang turun naik tekan tubi itu. Tubuh Yara itu ringan sahaja bagi Mikhael, angkat sebelah tangan pun boleh. Kalau isterinya sudi terima tawaran yang diberi, langsung tidak memberi masalah kepada kegiatan dia sekarang. Malah dia lebih suka. Tanpa membuang masa, laju Yara mendekati Mikhael.

"Yara naik, okay?" dia meminta izin.

Kepala Mikhael angguk memberi izin.
Berhati hati Yara duduk bersila di atas belakang Mikhael yang sedang push up. Seronok bila Mikhael mudah sahaja mengangkat tubuh yang di duduki olehnya. Betul la, rasa macam naik jongkang-jongket. Sekejap naik sekejap turun. Okay, Yara dah jumpa cara healing yang baru.

"Sayang dah naik ke belum?" Mikhael menyoal serius apabila merasa tiada yang berbeza.

Yara kerut kening.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now