BAB 18

805 61 4
                                    

Setibanya di sana, Yara terus menjalankan tugasnya untuk memastikan kuda kuda di situ dalam keadaan sihat dan cergas. Hanya ada seekor kuda sahaja yang kurang sihat, tetapi sudah diberi ubat oleh Yara.

Barang barang perubatan yang digunakan kembali dikemas seraya beg merah itu kembali digalas pada belakang. Yara berjalan mendekati tiga orang lelaki yang sedang bersembang sakan itu. Kaki berhenti tepat dihadapan mereka bertiga.

"Dah siap." Yara memaklumkan kepada Mikhael bahawa tugasnya sudah selesai.

Semua kepala menoleh ke arahnya. Yara ukir senyum nipis. Kesian pula dia lihat wajah wajah itu berpanasan menunggu dia melaksanakan tugas.

"Good job." Mikhael memuji perlahan.

Lantas, tiga orang lelaki yang sedang duduk menunggu Yara menjalankan tanggungjawab daripada tadi, mula bangkit dan membuka pintu kandang kuda. Kini, giliran mereka melaksanakan tugas iaitu memandikan kuda pula.

Kuda putih kesayangan Yara ditarik keluar daripada kandang seraya dipanjat untuk naik ke atasnya. Mata jatuh pada Yara yang berada di bawah.

"Nak ikut tak?" soal Mikhael yang sudah berada di atas Ken apabila melihat Yara hanya statik di tempatnya berdiri.

Yara mendongak kepala untuk melihat Mikhael yang bertanya.

"Bukan mandi dekat kolam sana je ke?" mata dilemparkan pada kolam khas untuk kuda kuda Pak Osman mandi yang berada tidak jauh daripada kandang itu.

Kalau dekat situ, dari tempat dia berdiri pun dah boleh nampak. Tak payah susah susah ke sana. Fikirnya sendiri.

"Bukan. Kita orang nak bawa kuda kuda ni mandi sungai." jawab Mikhael bersahaja.

Kening Yara terjongket. Jawapan yang agak menarik baginya.

"Ada sungai ke?" soalnya serius. Tak tahu pula kalau kuda kuda tu dibawa mandi sungai. Ingatkan di kolam tu saja.

"Ada, dekat belakang rumah kuda ni. Tak jauh pun, lima minit je." jawab Mikhael lagi tanpa rungutan.

Maleeq dan Aqib yang sudah berada di atas kuda masing-masing menunggu mereka berdua membuat keputusan.

"Semua kuda mandi sana?" dia melihat kuda kuda lain yang sedang dibawa oleh pekerja di situ.

Semua mata tertumpu kepada apa yang dimaksudkan oleh Yara sebentar tadi. Sekonyong-konyong,

"Tak, yang lain mandi kat kolam tu. Kuda kami special, jadi sebagai tuan yang baik, kita orang bawak mandi sungai." Maleeq memberi jawapan bagi pihak abangnya.

Hanya tiga ekor kuda sahaja yang dibawa bersama. Mikhael bersama kuda kesayangan Yara, Maleeq bersama kuda milik abangnya, dan Aqib bersama kuda milik Maleeq.

Terangguk-angguk kepala Yara mencerna situasi. Macam best...

"Kalau macam tu, nak ikut!" akhirnya setelah sesi soal jawab, Yara memberi jawapan.

"Mantap." ujar Maleeq penuh keseronokkan kerana ahli mereka bertambah seorang hari ini.

Jawapan diterima, Mikhael turun daripada kuda dan mendekati Yara.

"Naik." arahnya spontan. Bersedia untuk membantu Yara naik ke atas kuda putih itu. Gadis itu diberi keutamaan.

"Habistu awak?" Yara terkebil kebil bila Mikhael turun semula daripada kuda putih tersebut.

"Aku ikut dari bawah. Kau duduk je diam diam atas kuda tu. Biar aku yang kawal Ken." lengan Yara yang berlapik dipegang untuk membantu gadis itu.

Yara akur sahaja.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now