BAB 42

614 46 11
                                    

Langkah Emelia yang belum jauh daripada laman rumah umi mati saat sebuah kereta menghalang laluannya. Dia menanti pemandu itu menurunkan cermin tingkap sambil menyilangkan tangan ke dada. Bersedia untuk menyembur. Sudahlah matahari terpacak atas kepala. Boleh pula pemandu itu menghalang jalannya.

Beberapa saat kemudian, pintu sebelah pemandu dibuka. Kemudian, seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut. Pintu kereta kembali ditutup. Serta merta Emelia hela nafas berat sebaik mengenali siapa gerangan itu.

"Eh eh! ada langau. Lama tak jumpa langau besar besar ni." perli Maleeq kepada Emelia. Cermin mata hitam ditanggalkan.

Dia yang baru pulang daripada pekan cepat cepat berhentikan kereta semasa melihat Emelia sedang berjalan keluar daripada laman rumahnya. Tiba tiba muncul batang hidung di kampung itu pula.

Emelia menolak isi pipi dengan lidah. Nak marah, tapi ditahan. Mulut si Maleeq itu tidak berubah rubah. Sentiasa berjaya menyengat hulu hatinya. Lantas, wajah manis cuba ditayang.

"Hai adik ipar tak jadi." sapanya sambil menyinis untuk menyakitkan hati Maleeq.

Sekonyong-konyong Maleeq menghembur tawa besar.

"Adik ipar tak jadi ke suami tak jadi?" perlian dibalas dengan perlian.

Pada awalnya, umi mahu menjodohkan Maleeq dengan Emelia. Namun, Maleeq menolak kerana baru mula berkhidmat dalam dunia polis. Jadi, disebabkan janji yang dibuat oleh umi dan arwah mama kepada Emelia, maka Mikhael yang menjadi pengganti.

Dengan terpaksa, Mikhael menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih dengan Emelia sebagai penganti Maleeq. Sedangkan Maleeq tahu, abangnya itu langsung tidak berminat dengan cinta. Dia juga kasihan kepada abangnya kerana terpaksa berkorban untuk dirinya.

Apabila Mikhael memaklumkan bahawa mereka sudah putus gara gara Emelia membuat hal, Maleeq merasa bersyukur tidak terhingga.
Umi juga tidak membantah kerana yang menjadi masalah adalah Emelia sendiri.

Hakikatnya, Mikhael tidaklah terlalu terkesan dengan kejadian itu kerana dia langsung tiada hati pada Emelia. Namun, kejadian tersebut telah menunjukkan sisi buruk seorang wanita yang membuatkan Mikhael bertambah tidak berminat dengan cinta. Sampailah dia bertemu dengan Yara.

Emelia tersenyum sinis kepadanya.

"You masih cintakan I ke Maleeq? I'm sorry for that. You tahu kan, macam mana pun I tetap akan pilih Mikhael." ujarnya dengan riak rasa bersalah.

Maleeq buat wajah mengerenyek tidak selesa. Eii apeni.

"Werk!" Maleeq membuat gaya mahu muntah.

"Bangkit la oi! Tengah hari rembang dah ni. Jangan dok ngingau lagi. Aku? Cintakan hang? Noh, mati hidup balik mintak simpang." dia membantah sekeras mungkin.

"Apa pun jadi, hang tetap pilih Mikhael? Hang ada short term memory ka? Hang lupa apa hang buat dekat abang aku? Gila la pompuan ni." sambung Maleeq lagi dengan pedas.

"Sampai hati you, Maleeq. Tak boleh ke you berlembut sikit dengan I? Itu dulu. I dah tak macam tu. Sekarang I dah berubah." luah Emelia terkilan. Terasa dengan bidasan Maleeq.

"Huh! Ya ya ja berubah hang ni. Kalau sungguh baguih la jugak. Hang toksah dok kacau hidup abang aku lagi. Pi jaga tok laki hang tu sudah. Sedaq diri tu bini orang. Jangan cakap macam orang tak ada agama. Tetap pilih Mikhael konon. Ceh! Laki hang taruh buat apa?"

Maleeq mengingatkan status Emelia bahawa dia mempunyai suami sekarang. Pasti suaminya akan terasa hati dan kecewa jika dapat tahu isterinya masih menaruh hati pada lelaki lain.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now