BAB 14

885 73 12
                                    

Lima bungkus nasi lemak ikan bilis dimasukkan ke dalam plastik sebelum dia membuat pembayaran. Sengaja Yara membeli lebih untuk diberi pada Puan Kalsom sekali. Petang petang begini boleh pula perutnya buat hal teringinkan nasi lemak. Mujur dia tahu sebuah gerai yang menjual nasi lemak setiap petang yang berada di dalam kampung itu. Jadi, tidak perlu dia bersusah payah mencari jauh jauh.

"Terima kasih makcik." ucapnya kepada penjual itu setelah membuat bayaran.

Usai membeli, kaki dibuka melangkah pulang. Hendak naik kereta, risau akan mata mata yang memandang nanti. Daripada tidak selesa, lebih baik dia berjalan sahaja. Lagipun, hanya mengambil masa tujuh minit sahaja berjalan dari rumah untuk ke warung ini. Rasa macam tak berbaloi start enjin kereta semata mata untuk ke situ. Dalam masa yang sama, bila berjalan kaki, boleh la juga cuci mata dengan keindahan kampung sepanjang jalan.

Kaki melangkah penuh senang kerana keinginannya berjaya dipenuhi. Perut kenyang hati pun senang. Tidak sabar dia mahu menjamah nasi lemak itu bila sampai di rumah nanti. Mesti sedap. Sebelum itu, dia mahu bersiar siar di tepi sawah dahulu.

Namun, niatnya hendak berhenti ambil angin di tepi sawah terus mati apabila melihat sekumpulan lelaki yang seronok melepak di situ. Mungkin lebih sesuai dikenali dengan 'segerombolan' lelaki.

Yara paling tidak suka bila perlu berjalan dihadapan lelaki yang sedang melepak. Rasa macam terancam. Sangat! Apatah lagi, bila bunyi bunyi cicak yang tidak berapa nak menggoda, mula menganggu telinga. Yara pun tak faham dengan spesis spesis cicak begini.

Lagi tak senang duduk dibuatnya bila dia perlu melewati kumpulan itu untuk pulang ke rumah. Mahu guna jalan lain, dia tidak tahu. Jadi, kaki terpaksa merelakan untuk berjalan melewati mereka. Dia tarik nafas dalam dalam. Butakan mata, pekakkan telinga Yara Alyssa. Dia beri semangat kepada diri sendiri.

Penuh ketidakrelaan dia berjalan di laluan itu. Lega bila dia berjaya melepasi laluan itu tanpa diganggu. Tiba tiba, telinga menangkap suara kanak kanak sedang menangis. Cekap kaki berhenti apabila tangisan itu semakin menjadi jadi. Yara kembali toleh ke arah sekumpulan lelaki tadi.

Membulat matanya bila melihat kejadian tidak bermoral saat ini. Ternyata, ada seorang budak lelaki sedang dibuli oleh mereka. Tanpa aba aba, Yara terus sergah kumpulan lelaki yang sedang menampar kepala budak lelaki itu tanpa rasa bersalah.

"Hoi! Apa korang buat ni?" spontan, dia menolak tubuh lelaki yang mengcengkam rambut anak kecil itu.

Dia sendiri tidak tahu dari mana keberanian itu datang.

"Adik okay?" kepala yang dicengkam tadi, diusap. Pasti sakit sangat sangat. Air mata anak kecil itu dilap dengan ibu jari. Kesiannya.

Anak kecil itu mengangguk kepada pertanyaan Yara.

Lelaki itu tersentak bila tubuhnya ditolak tiba tiba.

"Barua mana pulak nak jadi heroin dekat sini ni!" pekik lelaki yang ditolak oleh Yara tadi penuh rasa tidak puas hati.

Lantas, Yara yang bertinggung di hadapan anak kecil tadi berdiri tegak. Anak kecil itu disembunyikan di belakangnya. Dia memalingkan tubuh menghadap mereka. Tajam Yara menatap setiap wajah di situ.

Tidak semena mena, lelaki jahat tadi tersenyum nakal kepadanya.

"Muka baru." kata lelaki itu.

Tangan ingin naik menyentuh wajah Yara, namun pantas ditepis kasar olehnya.

"Korang ni tak ada hati perut ke? Kenapa buat budak budak macam ni?" dijegilkan mata kepada mereka.

Seraya itu, mereka melepaskan tawa besar.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now