BAB 35

828 49 4
                                    

Rawrr Delighted Cafe.

"Cat cafe date?" teruja Yara bertanya kepada Mikhael sebaik kaki mereka berhenti tepat di hadapan bangunan bewarna hitam berkilat itu.

Mikhael angguk bersama senyuman sebagai jawapan kepada Yara. Disebabkan sekarang isterinya obses dengan haiwan, jadi Mikhael rasa ini adalah tempat terbaik untuk mereka meluangkan masa bersama.

Lantas, dia terus melutut sebelah untuk membuka sneakers yang tersarung pada kaki comel isterinya. Sneakers mereka disusun dengan kemas pada rak yang disediakan. Prosedur sebelum masuk ke dalam cafe tersebut, pengunjung perlu menanggalkan kasut terlebih dahulu.

"Macam mana abang tahu Yara teringin nak datang sini?" kepala ditundukkan sedikit ke bawah untuk melihat Mikhael yang sedang membantu membukakan kasutnya.

"Because, I know my wife very well." tenang dia menjawab sambil kembali berdiri tegak dihadapan isterinya.

"Awww... Thank you, abang." terus dipeluk tubuh kekar suaminya.

Mikhael ketawa halus apabila Yara tiba tiba memeluk dia di hadapan pintu kafe ini.

"My pleasure. Shall we?" kening dijongket sebelah dengan bibir yang mengoyak senyum manis.

Kepala Yara angguk laju. Tidak sabar mahu bermain dengan haiwan haiwan berbulu yang comel comel itu.
Jemari Yara kembali dipaut. Mikhael menolak pintu kaca yang tertulis Push itu, lalu mereka masuk ke dalam cafe kucing itu bersama sama.

Alangkah terujanya Yara saat jejakkan kaki di dalam cat cafe tersebut. Yara benar benar jatuh cinta dengan interior cafe tersebut. Cafe itu berkonsepkan vintage dan classic. Vintage memang sebati dengan jiwa Yara, jadi dia rasa sangat seronok berada di situ. Secara tak langsung, outfit Mikhael dan Yara juga sedondon dengan konsep cafe tersebut. Atau mungkin, memang sudah dirancang oleh Mikhael sendiri? Dia sendiri tidak pasti kerana semuanya dibuat oleh Mikhael sendiri.

Di luar cafe tersebut, terdapat ruang makan outdoor yang sangat aesthetic dan tenang. Ada beberapa buah set tempat duduk yang diletakkan di bawah khemah jernih untuk setiap satunya. Di keliling kawasan itu pula, didekorasi dengan tema garden dan ada sebuah kolam ikan Koi mewah yang lumayan besar di satu sudutnya.

Di dalamnya pula, ada dua bahagian yang dibahagikan dengan sliding door. Ruang pertama, lebih luas berbanding ruang yang tertutup di sebalik sliding door itu. Ada banyak kucing yang sedang bermain, makan, dan dibelai oleh pengunjung yang datang.

Ruang makan utama yang agak luas itu membolehkan pengunjung menikmati makanan sambil bermain dengan pelbagai jenis kucing yang tersedia di cafe itu. Beberapa jenis tempat duduk tersedia di ruang tersebut. Set meja yang tersedia berkonsepkan Jepun dan Barat.

Bahagian kedua pula, sesuai untuk pengunjung yang datang untuk makan sambil mengamati kucing kucing tersebut tanpa diganggu oleh mereka. Di setiap sudut terdapat macam macam jenis binaan khas untuk keselesaan dan permainan kucing kucing di situ. Semuanya comel comel dan unik belaka.

Mikhael dan Yara mengambil tempat duduk di tepi ruangan. Mereka memilih untuk duduk pada set meja yang berkonsepkan Jepun iaitu sebuah meja petak kecil yang memuatkan dua orang untuk menggunakannya beserta dengan kerusi Jepun yang berbantal setiap satunya.

Mikhael membelek buku menu untuk memesan makanan manakala Yara sibuk membelai seekor kucing bewarna coklat bertompok putih yang sangat gemuk dan gebu bulunya. Saat mereka duduk di tempat tersebut, kucing itu datang dan naik ke atas riba Yara, mahu dibelai dan dimanjakan.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now