BAB 6

734 68 3
                                    

Pintu bilik Tengku Yazid di buka. Kosong. Tiada kelibat papa di dalam kamar itu. Pintu utama pula dituju oleh Yara. Dia menjenguk ke garaj kereta luar dari tepi pintu rumah. Tiada bayang Vellfire putih terparkir di situ.

"Mak Jah! Ooo Mak Jah!" dia jerit memanggil pembantu kesayangan keluarganya. Dan semestinya kesayangan Yara.

Sesaat, seorang wanita lingkungan 50 tahun mendekatinya.

"Ada apa cik Yara?" soal wanita tua itu kepada gadis yang terpinga di ambang pintu.

"Mak Jah tahu tak papa pergi mana? Yara cari satu rumah tak ada. Kereta dia pun tak ada." Yara menjelaskan kebingungan dirinya.

"Oh, Tengku dah pergi office. Pakcik Rahim kata, Tengku ada mesyuarat dengan Dato Salahudin tengah hari ni." jelas Mak Jah dengan teliti.

Bibir Yara membulat membentuk 'oh' tanda faham apa yang dikatakan oleh Mak Jah. Patutlah tak ada. Sibuk betul papanya itu.

"Kenapa cik Yara?" soal Mak Jah ingin tahu.

Yara geleng dua kali.

"Tak ada apa lah. Ni mak Jah, Yara nak keluar sekejap lagi. Nak pergi ziarah kubur along." Yara memaklumkan rancangannya hari ini. Kalau dia main keluar sahaja nanti papa risau pula.

"Nak Mak Jah telefon Rahim? Minta dia hantarkan Cik Yara?" Mak Jah menyoal anak majikannya.

"Tak payah la. Yara boleh drive sendiri. Biar Pakcik Rahim teman papa je hari ini."

Melihat anggukan daripada Mak Jah, Yara mengorak langkah ke tingkat atas. Dia mahu bersiap-siap untuk melawat kubur arwah Yazdan.

Pintu wardrobe dibuka. Dia membelek baju yang sesuai untuk dipakai. Tangannya terhenti pada sehelai abaya hitam yang diterima olehnya pada hari sejarah hitamnya.
Hadiah daripada Yazdan. Nafas ditarik dalam mengumpul kekuatan. Dah tiba masanya dia memakai baju itu.

Yara membelek diri dihadapan cermin besar itu. Direnung abaya yang elok tersarung di tubuhnya. Saiznya padan dengan tubuh Yara. Setelah bertahun, akhirnya dia mempunyai kekuatan untuk memakai baju tersebut. Mujur badannya tidak membesar, jadi baju itu masih padan dengannya.

Along pasti gembira melihat Yara memakai baju yang dihadiahkan olehnya.

Sunscreen dioles pada wajah. Tengah hari macam ni, kena pakai banyak-banyak. Kalau tidak, hangit di bawah cahaya matahari. Hendak pergi waktu petang, sekarang musim hujan tiap kali petang. Jadi, takut tak berkesempatan pula.

Lipbalm Blueberry jenama Nivea dioles lembut papa bibir mungil. Setelah yakin dengan penampilannya, Yara bersedia untuk ke melawat kubur Yazdan.

__________________🦋_________________

Mikhael segak dengan jubah putih yang dipinjam oleh Aqib. Kopiah putih yang dipinjam Aqib juga elok terletak di atas kepalanya. Kalau orang punya memang elok. Lagi elok kalau rembat terus.

Dia bangga menilik diri sendiri depan cermin. Nampak ciri-ciri suami mithali. Cuma jodoh saja belum ada.

"Masyaallah. Bidadara Penang ke ni?" Sergah Aqib tiba-tiba yang segak dengan baju melayu.

Mikhael menjeling. Dendam dia pada ciuman menjijikkan tadi masih tersemat di dada. Aqib beruntung dia sudah bersedia untuk melakukan perintah Allah. Kalau tidak, memang disolatkan jenazah terus mamat ni.

"Jom la cepat. Aku nak duduk saf depan sekali." katanya lalu beredar keluar dari bilik bujang. Semangat nak pergi solat jumaat.

"Slow la sikit, baru pahala lebih!" balas Aqib kepada lelaki itu.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now