BAB 3

978 74 4
                                    

"YAZDAN ALIAS!" pekik Tengku Yazid serta merta membuatkan Yazdan terdiam membisu.

Kata-kata yang keluar dari bibir Yazdan cukup untuk membuatkan seisi rumah menjadi hening.

Dua pasang mata itu membulat memandang Yazdan yang sudah kaku. Terutamanya Yara, hatinya bagai direntap dibuang dan dipijak pijak sehingga berkecai mendengar apa yang dilontarkan oleh abangnya sebentar tadi.

Mata Yazdan ditatap penuh kecewa. Pertama kali abangnya melontarkan kata sedemikian kepadanya. Seolah bukan Yazdan Alias yang dia kenal. Hatinya bagai dihiris hiris. Demi Allah dia terasa dengan apa yang dikatakan oleh Yazdan.

Matanya mula memanas. Yara kepal penumbuk. Empangan air matanya boleh pecah bila-bila masa. Lantas, dia terus berlari naik ke tingkat atas untuk berkurung di dalam bilik sebelum air matanya jatuh di situ.

Yazdan dan Tengku Yazid hanya mampu memandang gadis yang sudah berlari naik ke tingkat atas itu. Yazdan mengepal penumbuk menahan rasa bersalah.

Apa kau dah buat ni Yazdan Alias?

"Yazdan. Kamu sedar tak apa kamu cakap tadi?" marah Tengku Yazid.

Dia sendiri tidak menyangka bahawa Yazdan akan berkata sedemikian kepada Yara.

"Yaz tak sengaja, pa. Sumpah, demi Allah Yaz tak bermaksud pun. Tak terniat langsung nak cakap macam tu pada Yara. Yaz tahu Yaz salah, pa."

Tengku Yazid melepaskan keluhan. Dia berjalan perlahan duduk di atas sofa. Yazdan pula masih statik di tempat dia berdiri. Terngiang pandangan kecewa Yara tadi di mindanya. Pasti gadis itu kecewa sangat-sangat dengannya.

"Yazdan, duduk sini." panggil papa lembut.

Lelaki itu menurut seperti yang diminta.

Sebaik anak lelakinya melabuhkan punggung disebelahnya, dia memegang bahu Yazdan.

"Kamu ada masalah apa, Yaz?" melihat raut wajah kusut anak lelakinya, dia pasti Yazdan sedang dalam masalah.

Dia sudah sedar akan itu sejak Yazdan tiba di rumah senja tadi. Apatah lagi dengan apa yang dia lakukan tadi. Itu bukan perangai Yazdan. Pasti ada sesuatu yang menganggu lelaki itu sehingga dia bertindak di luar kawalan.

Seteruk mana pun dua beradik itu bergaduh sebelum ini, tidak pernah seorang pun saling menyakiti emosi mahupun fizikal masing-masing. Pasti mereka akan mengalah sendiri lalu berbaik semula. Tapi hari ini Yazdan agak lain.

Yazdan tidak menjawab pertanyaan papanya. Dia hanya mendiamkan diri dan merenung karpet di bawah. Usapan di belakang badannya membuatkan dia kembali sedar. Wajah Tengku Yazid di pandang sayu.

"Something bad happened ke masa Yaz dekat Sabah?" soal papa lagi. Kali ini lebih prihatin.

Yazdan merenung uniform yang tersarung di tubuh sendiri. Uniform yang tersimpan seribu satu kenangan.

"Rayyan." hanya sebaris nama itu yang keluar dari mulut Yazdan.

Dia berdiam semula.

"Kenapa dengan dia?"

Tengku Yazid kenal benar dengan lelaki yang disebutkan itu. Rayyan merupakan rakan sepasukan Yazdan yang sangat mahir. Mereka juga sudah berkawan baik sejak kecil lagi. Dia juga sering datang berkunjung sekiranya ada waktu terluang. Mereka bagaikan aur dengan tebing dalam segala hal.

"Rayyan dah tak ada. Rayyan terkorban dalam operasi tu, pa. Dia terkena periuk api...masa cuba nak selamatkan Yaz dari musuh. Salah Yaz pa. Salah Yaz. Kalau Yaz alert dengan musuh mesti semua ni tak jadi. Yaz memang kawan yang tak berguna, pa." akhirnya dia mengalirkan air mata.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now